Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Wednesday 27 February 2013

Bangkok Trip - Day 3 - Part 2

Ok. Sambungan dari entri semalam. Lepas singgah sebentar di masjid tersebut, kami pun teruskan perjalanan menuju ke Ayutthaya. Perjalanan mengambil masa 2 jam bergantung kepada trafik semasa. Kalau tak sesak 2 jam boleh sampai. Sepanjang perjalanan aku rasa pengalaman yang sangat best walaupun ada gak rasa mengantuk, tapi sebab peluang ni jarang aku dapat so aku taknak layan mata aku. Aku rasa Bangkok sangat besar dan luas. Lama jugak la nak keluar dari Bangkok tu. Jalanraya memang luas. Kereta macam biasalah. Nor, Wani dan Mas dah lena layan tido sebab kekenyangan makan tadi. Hehehe. Jangan marah ye korang.

Cuaca agak panas waktu tu. Tapi aircond bukak kuat, so takde la rasa panas. Teksi kat Bangkok tak dibenarkan pakai tinted. Tu yang panas. Setelah menempuh perjalanan hampir 2 jam kami pun tiba di Ayuthaya. Disebabkan hari ahad, suasana adalah sangat sesak. Ramai yang keluar berjalan-jalan. Nampak semua kereta dari Bangkok. Yelakan, hari cuti semua orang pun nak makan angin. Dan Ayutthaya lah tempat yang dituju.

Tempat yang pertama kami pergi adalah Ayutthaya Floating Market. Tempat ni dah di majukan khusus untuk tarikan pelancong. Tapi apa yang aku nampak, pengunjung kat sini kebanyakkan adalah orang Thailand sendiri. Pelancong asing aku tak nampak sangat. Tak macam kat Bangkok, merata dorang ada. Ok, kat sini kami takde shopping sangat. Just banyak beli makan dan minum.

Kat situ ada jugak pameran binatang. Kambing ada, Biri-biri ada, Gajah pun ada. Aku sempat la bergambar dengan gajah tu. Nak naik gajah tak dapat lah sebab mahal sangat. Dah lepas tu kami pun pegi cari tempat nak makan makanan yang dah dibeli tadi. At least dapatlah rehatkan kaki yang penat berjalan dari tadi walaupun tempat tu takde lah besar sangat pun.

Lepas dah selesai makan-makan, kami menuju pula ke Monumen-monumen lama di Ayutthaya. Nak masuk kene bayar tiket harga 20 baht untuk orang tempatan dan 50 baht untuk foreigner. Disebabkan pemandu teksi kami yang pergi beli, so dapatlah kami dengan harga 20 baht disamping kene berlakon sikit macam orang Pattani. Hehehe. Lepas dah jalan-jalan, amek gambar lebih kurang kami pun balik. Sebelum tu singgah solat sebentar di Masjid Ayutthaya. Lepas solat sambung jalan balik Bangkok.

Kami sampai di Bangkok pukul 9 malam waktu Bangkok. Terus menuju ke pasar malam di kawasan Rampherang kalau aku tak silap eja la. Sebab yang aku dengar camtu lah. Aku nak cari jersi bola 3 helai. Dapatlah aku baju Menyu,Celsi dan Real Madrid. Puas hati aku. Untuk makluman, kawasan situ ramai muslim pattani. So lepas dah sudah shopping lebih kurang. Kami makan di gerai muslim. Aku makan mihun sup.Sedap boleh tahan. Sebab dah lapo makan apapun sedap.

Dan usai makan bertolak lah balik ke hotel masing-masing. Dan malam tu adalah malam terkahir aku di Bangkok sebelum aku balik Malaysia 25 haribulan, iaitu keesokkan harinya. Dan last day la aku dengan Nor, Wani dan Mas. Sorry geng, tiket dah beli awal. Hehee.

Driver teksi hantar ke hotel aku dulu. So sampai je hotel aku mandi-mandi, solat then tido. Penat badan wey.
Next entri aku cite pasal balik pulak yek.

p/s: macam bese gambar nanti aku update.

No comments: