Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Tuesday, 18 September 2012

Aku Dan Politik - Bahagian 2

jika entri yang sebelum ini aku mngupas mengenai politik. kali ini aku masih tetap nak kupas mengenai politik. jadi sebarang tohmahan dan kutukan aku terima dengan jiwa yang terbuka. no regrets. permainan politik sekarang ni semakin hari aku tengok makin tak terarah. aku tengok semuanya lebih terarah kepada serangan peribadi berbanding kepada perkara yang boleh membangunkan negara. yang lebih memberi faedah kepada negara. atau secara khususnya lebih kepada membantu rakyat. meringankan beban rakyat. ini adalah pandangan peribadi aku.

jika sesebuah negara yang berteraskan Islam. agama rasmi juga Islam. maka dimana ciri-ciri dan nilai-nilai Islam itu diterapkan? kalau sekadar menggunakan perkataan Islam itu sahaja tetapi tidak menepati nilai-nilai dan norma-norma dalam Islam. maka tidak sepatutnya digunakan Islam itu. adapun terdapat tiga perkara yang kerajaan patut memberi secara PERCUMA or FREE. pertama ialah PENDIDIKAN. kedua ialah JALANRAYA. satu lagi aku lupa la pulak. siapa-siapa yang tahu tolong bagi tahu aku ye.

baiklah. jika dilihat iklim politik semasa yang tidak menentu ini. aku dapat rasakan yang satu hari nanti satu era pemerintahan Islam akan bangkit. kenapa aku cakap macam ni. aku bagi contoh untuk lebih jelas lagi. aku cakap ini semua adalah untuk mengingatkan diri aku juga. disamping itu dapat berkongsi pandangan dan idea kepada pembaca semua. berbalik kepada contoh. sebagai seorang muslim. jika berada didalam kesusahan. secara automatiknya diri muslim itu akan menyebut nama Allah. atau dengan kata lainnya akan mengeluh dan merintih kepada tuhan. baik. jika bukan seorang muslim juga akan berlaku sedemikian. mereka akan kembali kepada tuhan mereka. ini sudah menjadi fitrah manusia. akan kembali kepada penciptanya jika berlaku kesusahan.

maka secara relatif kolektivitinya. ape aku merepek ni. maka secara kesimpulannya aku rasa korang dapat kaitkan dengan keadaan kita sekarang dengan cerita yang aku sampaikan di atas. berat sangat la bila cakap pasal politik ni kan. haih.

No comments: