Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Tuesday 26 February 2013

Bangkok Trip - Day 3 - Part 1

Bersiaran kembali. Tapi kali ni agak lewat sebab sekarang ni aku dah balik Malaysia. Semalam aku tak sempat nak update cerita untuk hari ketiga, sebab sibuk google cara terbaik untuk ke Don Mueang Airport dari hotel aku. Sebab tak banyak review tentang cara nak kesana dalam internet. Yang bayak adalah cara nak ke Suvarnabumi Airport. Tapi takpe. Itu sume next entri aku carita. Sekarang ni aku nak cerita aktiviti hari ketiga or hari terkahir aku untuk berjalan-jalan di Bangkok.

Segalanya bermula dengan plan di kedai Mak Yah. Lepas makan kami bincang nak jumpa kat mana. Dan kami buat keputusan berjumpa di Platinum Fashion Mall. Ok. Mudah bagi aku, Nor, Wani dan Mas sebab dorang naik teksi. Dalam pukul 8 lebih waktu bangkok aku pun keluar dari hotel menuju ke BTS Sala Daeng. Aku beli tiket ke BTS Ratchadewi. Keluar train aku trus ke kiri dan ambil exit sebelah kanan turun kebawah untuk berjalan kaki ke Platinum Fashion Mall. Jalan terus, kemudian belok ke kanan lebih kurang 400m sebelum sampai ke Platinum Fashion Mall. On the way ke sana, kita akan melalui Kedutaan Indonesia. So tak lama lepas tu sampai lah.

Bila dah sampai sana, aku naik jejantas untuk ke seberang jalan, dimana disanalah terletaknya Pratunam Central. Pusat jualan baju-baju yang sangat murah dan boleh dibeli secara pukal. Beli lagi banyak lagi murah. So sape-sape yang nak buat bisnes bolehlah borong kat sini.

Tak lama lepas aku jalan turun dari jejantas aku dengar ada orang jerit nama aku, Adiiiiiii!!!!, sekali tengok Nor dengan Mas melambai-lambai aku. Hah. Jumpa pun dorang. Tapi au tak nampak Wani. Mana pulak dia. Lepas tu, tiba-tiba aku nampak Wani dalam teksi berhenti sebelah aku. Haih.Terkejut mak nak. Hahaa. So, dorang ajak aku naik then story tentang plan dorang.

Bila dah masuk je teksi Wani pun mulakan cerita tentang plan untuk hari ni. Ada perubahan dan kami buat keputusan untuk ke Ayutthaya. Kat sana ada Floating Market, Gajah2 dan monumen-monumen zaman dolu-dolu yang berusia lebih 400 tahun. Rare kan. Dan yang terbaiknya kami sewa teksi tu sampai malam!!. Ada lagi yang terbaiknya, driver teksi tu orang pattani dan boleh cakap kelate. Kecek kelate wey. Alooh budok. Hahaa. Dan dia sangat baik. Kebetulan pulak Wani orang Kelatan. Memey jupo saing dio. Aku pun takde masalah nak kecek kelate sikit2.

Apa-apapun sebelum jalan jauh kami pergi makan dulu. Lapa wey. So brader teksi tu bawak kami ke kawasan tempat tinggal die di Ramkhamhaeng. Kawasan ni ramai muslim. Jadi bab makan memang takde masalah. Makan nasi putih macam-macam lauk plus sup tulang yang sedap untuk 4 orang hanya 200 baht. Murah kan. Memang kenyang habis.

Dah lepas makan kenyang-kenyang kami pun teruskan perjalanan. Tapi sebelum tu singgah sekejap di masjid di kawasan tu. Memang cantik plus die tepi sungai. Ada satu sistem pengangkutan air untuk orang menyeberang sungai tu. Sebab taklah besar sangat sungai tu. Nanti aku update gambar. Tambang nak gunakan pekhidmatan tu 2 baht. Dan ianya dikuasakan oleh manusia yang mengayuh dari seberang dengan guna sistem kabel. Haih. Payah gak nak explen ni. Tengok gambar jelah nanti ye.

Aku rasa sampai sini dulu sebab panjang sangat entri ni. Nanti bosan nak baca apa yang aku bebelkan ni. Tunggu part 2 yer.

No comments: