Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Sunday, 24 February 2013

Bangkok Trip - Day 2

Bersiaran kembali dari bangkok. Macam biasa sebelum aku keluar sambung jalan lagi, aku akan update cerita semalam.

Semalam aku pergi Chatuchak Weekend Market. Tempat ni ada macam-macam barang. Semuanya boleh dikatakan murah. Even dah murah still boleh mintak kurang lagi. Cara nak pergi ke sana dari hotel aku. Mula-mula aku menapak ke Sala Daeng BTS Skytrain. Beli tiket ke Mo Chit. Chatuchak market tu dekat je dengan stesen train tu. Kene jalan dalam 3 minit kalau langkah korang laju dan tak tersekat-sekat, sebab apa aku cakap camtu? Sebab di sepanjang laluan nak ke sana, korang akan lalu deretan penjual tepi jalan yang ramai. Dorang jual baju, seluar, mainan dan macam-macam lagi. Nanti aku tunjuk gambar.

Sampa kat sana aku jumpa la dengan kawan-kawan aku yang tiba-tiba jadi kawan start dari naik bas lepas turun dari flight semalam. Nor, Wani dan Mas. Wanita yek. Yaa. Aku berjalan dengan 3 orang wanita di tempat syurga mereka. So korang faham-faham lah bila wanita bershoping. Tapi aku takde hal. Dah biasa. Stamina kene kuat sebab Chatuchak Market tu sangat la luas dan besar. Plus cuaca agak panas. Better pakai topi.

Sampai-sampai kami terus pusing-pusing cari kedai makan. Nak makan tepi-tepi jalan takut tak halal. So pusing punya pusing akhirnya jumpa kedai makan muslim. Cara nak cari ialah dengan mencari section 10. Dan kedai makan tu bertentangan di jalan besar. Better korang dapatkan pamplet di setiap pintu masuk. Ada map. So senang untuk explore.

Lepas makan, apalagi ditunggu, shopping time, aku dapat la baju untuk bagi kat orang plus baju aku sendiri, dengan ada sikit buah tangan yang biasa-biasa aje. Bila dah tengahari suasan agak crowded. Ramai wo orang. Dah la panas. Kompom la haus wey. Cari la air mineral, dan benda yang xde kat Malaysia, Coconut Ice Cream. Sedap wey. Aku tak dapat nak tunjuk gambar sekarang.

Lepas setengahari kat sana, kami bertiga pun decide nak ke Siam Paragon. Ingat nak masuk Madame Tussauds. Tapi bila bincang balik kami decide nak masuk esok, means that hari ni la. Lepas dah camtu kami tuko plan. Time tu dinner!!! Mak Yah Restaurant. Pekena tomyam, nasi putih dan macam-macam lauk lagi. Tp sebelum tu kami kene tunggu sorang brader dari Malaysia gak yang baru gak kenal dalam flight. Lepas dah jumpa, trus gerak ke sana.

Nak kesana kena turun kat Ratchadewi BTS Skytrain. Exit sebelah kiri. Kene jalan straight sampai jumpa simpang empat. Korang lintas dan belok ke kiri. Jalan la sampai nampak signboard Mak Yah. Dekat-dekat situ pun ada gak restoran muslim lain. Faridaa kalau tak silap. So lepas makan, masing-masing pun apa lagi, tak sabar nak balik. Then plan untuk esok, means that hari ni adalah Pratunam Central n Platinum Mall. Nak cari buah tangan lagi. Buah kaki takde. hahaa.

So till then, esok dah balik!!!! macam tak nak balik. Boleh? hahaha..

p/s: gambar-gambar aku update lepas balik Malaysia ok.

No comments: