Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Thursday, 21 August 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Di suatu petang yang damai lagi menenangkan, terlihatlah dua kelibat rakan karib sedang bermain-main dengan telefon pintar masing-masing. Apakah yang sedang mereka lakukan sehinggakan mereka kelihatan begitu asyik dan khusyuk menggores ke atas dan ke bawah skrin telefon pintar mereka?


Ok. Cerita di atas tidak ada kaitan dengan tajuk entri aku kali ni. Dah lama sangat aku tak update blog ni sebab terlalu sibuk dengan dunia kerja. Kali ni blog Denaihati dengan tag line "Hidupkan Untuk Memberi" kembali lagi dengan contest yang sangat hebat. Kenapa aku cakap hebat? Sebab hadiahnya bukan calang-calang hadiah. 3 unit iPhone 5s untuk dimenangi.

Jadi pada aku tak siapa pun patut melepaskan peluang keemasan ini. Sapa yang nak bagi iPhone 5s percuma beb. Lain la korang tu anak tokey kain ela ke, tokey iPhone ke, kan? So, cepat-cepatlah masuk contest ni. Tak susah pun, cuma buat je entri sesedap hati korang. Macam yang aku buat ni. Merepek yang bukan-bukan. iPhone 5s tu baiiiii. Heyyy ruginye kalau korang tak grab peluang ni.

Jadi, apa yang bestnye iPhone 5s ni sampai orang berebut-rebut mahukannya? Adakah disebabkan paras rupanya? Adakah disebabkan prestasinya? Adakah disebabkan jenamanya? ataupun adakah disebabkan status penggunanya?

Sebenarnya, ianya adalah bergantung kepada individu itu sendiri, ada yang suka kepada rekabentuk atau paras rupanya, solid dan menampilkan kemasan yang bergaya mewah. Ada yang suka kepada prestasi perisiannya yang terkini, serta kadar pemprosesan yang laju.

Ada juga yang suka kerana ianya adalah iPhone. Jenama yang begitu sinonim dengan eksklusif dalam gayannya yang tersendiri. Apple juga adalah syarikat yang bernilai dalam dunia korporat. Jadi tidak hairan jika ianya juga boleh di kaitkan dengan status penggunanya. Ianya boleh meninggkatkan tahap keyakinan diri pengguna itu sendiri. Tak percaya? cuba anda selfie guna iPhone 5s di tengah-tengah lobi pusat beli belah. dan bandingkan apa perasaan anda jika anda selfie guna jenama lain selain iPhone 5s yang saiznya lebih kecil. Ada logiknya bukan.? Baiklah. Aku rasa cukuplah bebelan aku untuk kali ini. Semoga semua berusaha untuk mencapai apa jua yang anda impikan.


Berikut dibawah ini adalah penaja-penaja yang bermurah hati untuk menaja hadiah contest kali ini. Semoga usaha kalian mendapat barokah Allah S.W.T.

Arwah Syuhada Baharudin (http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

No comments: