Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Wednesday 20 February 2013

Pakcik Menang Motto!!!

Aku bukan pakcik tu. Entri ni patutnye aku tulis 14 Februari yang lepas. Tapi sebab tak cek FB punya pasal, padahal FB aku on 25 jam, aku tak tau yang aku dah menang contest dari CST Production. Dan cik Najlaa lah yang call aku bagitau yang aku dah menang.

Mula-mula dia cakap dari CST Production. Aku still blur lagi. Nak kata aku dah nak kahwin, belom ada calon lagi, nak kata aku ada apply keje kat sana pun takde jugak. Aku boleh lupa yang rupenye post aku terpilih sebagai pemenang untuk kategori blog terbaik. Wah, tak sangka der. Update blog jarang-jarang pun dapat anugerah blog terbaik. Nak tengok buktinya kat SINI.

Nak tau macam mana post aku boleh menang? Tengok post khas aku untuk contest tersebut kat SINI. Apepun yang terjadi semuanya rezeki Allah. Alhamdulillah. Dan terima kasih kepada CST Production khasnya kepada team Project2Pi. Korang memang best. Hadiahnya aku taknak cakap. Tengok sendiri ye.

p/s: Jumaat ni aku nak pegi Bangkok. Jalan-jalan cari pasal. Hahaha..Chow Stipen Chow

No comments: