Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Wednesday, 10 October 2012

Wordless Wednesday


Friday, 5 October 2012

REPOST: Masih Adakah Cinta Sebelum Berumahtangga



Debat dan polimik ini sudah terlalu lama. Orang sekarang tidak lagi membicarakan cinta selepas berrumahtangga. Yang digilai ialah cinta sebelum berumahrangga. Ada  baiknya kita menelusuri semula polimik ini. Bukan untuk dipolimikkan tetapi untuk difikirkan semula. Penilaian semula. Di’overhaul’ semula. Kita hidup bersandarkan agama. Apa-apapun yang kita fikirkan sandarannya hendaklah agama. Itu cara hidup kita. Itu fitrah orang beragama. Itu perancangan yang Allah menciptakan manusia. Kita melaksanakan perintah Allah. Kemudiannya kita dikembalikan kepadaNya. Maka hidup kita yang melalui fasa-fasanya tidak terlepas dari berkahwin. Hanya ada beberapa orang sahaja yang Allah tentukan tidak berkahwin. Yang lainnya akan merasa detik-detik itu. Berkahwin apabila sampai masanya. Sampai jodohnya. Dicari ada jodohnya. Tidak dicari sekalipun jika ada jodoh berkahwin juga jadinya.

Jika kita melihat sekeliling kita, yang kita lihat ialah anak-anak muda yang hidupnya bercinta. Makan dan minumnya cinta. Tidur dan jaganya cinta. Jalan dan duduknya cinta. Seluruh hidupnya dalam lingkaran cinta. Tiada masalah. Tiada larangan bercinta. Tetapi persoalannya ialah adakah perlaksanaan cinta itu kerana Allah? Dalam batas-batas dan garisan yang ditentukan Allah dan RasulNya? Masyarakat barat (khususnya Yahudi) berjaya merosakkan anak muda Islam. Yang disogok kepada orang Islam ialah budaya yang mereka sendiri tidak melakukannya. Kita tersangat percaya dengan paparan TV, video, filem, you-tube, internet dan semua gambar mengenai mereka. Kita terpedaya dengan apa yang kita lihat. Satu dari aspek paparan itu yang menjadi ikutan anak muda Islam ialah budaya couple Islam menggalakkan perkahwinan dan bukan bercouple. Perkahwinan itu sunnah. Coupling itu pemusnah. Orang barat yang saya saksikan sendiri tidaklah galak bercouple secara terbuka. Dalam TV dilihat terbuka. Dalam filem paparannya terbuka. Orang Islam terpedaya kerananya. Penerbit filem dan drama tempatan terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat. Realiti agama tidak diberi perhatian.

Orang kita dari yang tua hingga yang muda percaya dengan paparan media. Drama dan filem kita diadaptasi dari situasi ciptaan barat. Kebetulan orang media tidak ambil pusing dengan ad-din yang wajib menjadi amalan. Islam menggalakkan perkahwinan. Semestinya perkahwinan didahului dengan merisik dan meminang. Meminang tanpa merisik ada hukumnya. Jika yang dirisik sudah bertunang, risikan itu sekadar mencari maklumat. Tetapi meminang perempuan yang sudah bertunang tentulah berdosa. Sudah ditambat orang. Sudah ada yang punya. Ada cincin tanda di jari manis. Lekat kejap di jari. Meminang orang yang sudah berpunya tentulah menjadikan situasi berkocak. Jawabnya tentulah ditolak. Pastinya seluruh ahli rombongan terkesima. Malu yang amat sangat. Meminang orang yang sudah menjadi tunangan orang.

Bertunang digalakkan. Ada ganjaran pahala kerana sudah ada niat untuk bernikah kahwin.  Niat yang baik diberi perhatian besar. Ada harapan menggunung. Akan bersatu nanti Uda dan Dara. Romeo dan Juliet. Laila dan Majnunnya. Coupling pula tentulah berdosa. Tiada ikatan apa-apa. Tiada kata untuk dipegang talinya. Kebersamaan yang sentiasa menempa dosa. Yang selalu dikipas oleh syaitan. Diusap menggoda. Ingat ayat ‘Jangan kamu hampiri zina’. Budaya coupleberada dalam kategori tersebut. Jika mengetahui Islam itu yang terbaik perbuatan itu hendaklah dijauhi. Jika tahu larangan Allah, budaya itu  biarlah disisih. Carilah pahala. Jauhi dosa.mungkin kita tidak sedar bahawa dalam sibuk orang bercouple di sana sini masih ada anak-anak yang tiada cinta. Tidak tergesa-gesa mencari. Tidak terdesak untuk mencarinya. Melihat orang lain sahaja. Sendiri tiada upayanya.

Ramai orang menggesa anak-anaknya hanya untuk belajar dan belajar. Akademik dan ilmu. Kejayaan untuk berkerja dan berkerjaya. Keluar dari menara gading banyak jalan bercapah yang tidak tahu mana yang harus dipilih. Mana satu yang harus diambil perhatian. Mana satu yang harus menjadi keutamaan. Usia meningkat. Orang tua mula bergoyang hatinmya. Fitrah yang lambat sampainya. Tidak ada yang datang meminang yang perempuan. Tidak juga pergi meminang bagi yang lelaki. Yang lelaki menunggu. Yang perempuan juga menunggu. Cinta tidak dicari. Bukan satu keperluan yang mendesak. Berserah, jika ada jodoh. Ibu bapa berpusing fikir risaukan anak. Apa pilihannya. Jika jodoh itu datang, tiada apa yang menghalang. Datangnya tiba-tiba. Sampainya tanpa menyapa. Ada di hadapan mata. Orang tua berkira-kira. Anak jenis ini menerima pilihan ibu bapa. Menerima seadanya. Baik kata ibu, baik kata anak. Baik kata bapa, baik kata anak.  Kebijaksanaan orang tua dihormati. Mudah-mudahan di sana ada sinar bahagia. Ada barakah yang ke akhirat sudah sampainya.

Anak-anak yang menerima pilihan ibu bapa perlu juga diberi haknya. Ditinjau sukanya. Dipinta setujunya. Perlukan pertemuan antara kedua keluarga. Anak-anak ditemukan. Ditanya pendapatnya. Diselidik reaksinya.  Itulah tugas orang tua. Dulu-dulu anak-anak mengikut sahaja. Tidak tahu siapa bakal suaminya. Hanya cerita yang bercebis-cebis sahaja. Gambar tidak ada. Telefon bimbit belum ada. I-pad belum ada. Internet lagilah belum ada. Yang lelaki mungkin berjaya jug amengintai lihat. Dari jauh supaya tidak ketara. Yang perempuan tiada langsung tahu. Malah keluarga perempuan juga tiada tahu. Kedua keluarga sahaja percaya mempercayai. Itulah anak perempuan yang kadang-kadang kosong hatinya. Begitu juga suaminya yang duluny akosong hatinya. Tiada berkasih. Tiada bercinta. Yang tua berkira-kira. Jika ada jodoh. Bicara dibuka. Ada pula perantara yang mengatur kira-kira. Pertemuan dan perkenalan berlaku. Ada keserasian dirassa.

Anak-anak yang mengikut dipertemukan. Dipersemukakan. Ditinjau hatinya. Ditanya pendapatnya. Tanda-tanda setuju diungkapkan. Kadang-kadang sekadar anggukan biasa yang sangat sedikit. Pada waktu yang lain persetujuan hanya senyuman ringan. Keadaannya santai. Tiada ketegangan. Tiada bantahan jelas. Tiada tanda bahasa tubuh yang menolak. Sanak saudara yang hadir titanya juga reaksinya. Lazimnya semua mengikut apa kata yang punya badan. Keduanya yang akan bernikah. Yang akan mendirikan rumahtangga. Yang akan hidup bersama. Yang akan bersama senang dan susahnya. Hati mereka. Perasaan mereka. Sanubari mereka. Psikologi mereka. Yang di dalam hati lebih penting sdari tarikan fizikal yang selalunya sementara. Yang di dalam hati abadi selama-lamanya. Jodoh pertemuan ketentuan Allah. Redha dan meredhai tentulah menjadi keutamaan.

Cinta datang dan pergi. Cinta sebelum atau sesudah kahwin hanya relatif masa. Relatif situasi. Tanya hati. Di mana cinta itu? Cinta lelaki pada wanita. Cinta wanita pada lelaki. Apabila pertemuan membuka ruang cinta, terbuka juga keinsafan bahawa jodoh datang bersamanya. Terjadilah pernikahan yang dirancang singkat. Tiada majlis pertunangan. Kata diikat. Janji disemadi. Sampailah saat mengikat abadi. Perjodohan yang didoakan kekal abadi. Hari-hari terakhirnya anak itu bersendirian. Pulang ke rumah seorang diri. Ke rumahnya bersam orang tua. Hari-hari terakhirnya ia di bawah lindungan keluarga. Tiba saatnya ia disatukan. Tiba saatnya ia melangkah pergi. Langkah longlai seorang anak meninggalkan rumah diamnya. Keluarga tempat sayangnya. Ruang kasih yang dibina. Hari  itu berakhir juga. Tinggallah abah. Tinggallah mami. Saya bersama suami. Ibu bapa tergenang air mata. Merembas juga di mana ada. Pergi juga anak ini. Perdua dua kerana dia sudah dipunyai. Dimiliki lelaki suaminya.

Pilu sayu yang ada. Sebelum kahwinmu ada kerisauan bila masanya. Sesudah berkahwin pergimu merawan hati juga. Apatah lagi cinta kau belum ada sebelumnya. Datang cinta secara tiba-tiba. Abah hanya mahukan yan terbaik. Cinta itu pasti datang jug aakhirnya. Pergilah anak. Binalah istana idaman. Bahagiakanlah hatimu dan hati suamimu. Serahlah pada Allah semoga kau selalu dalam lindunganNya.

petikan dari mdyusofjamar