Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Friday 1 March 2013

Bangkok Trip - Balik

Ok. Entri ni maybe pendek je sebab nak cerita aku balik Malaysia. Sebabnye aku gamble naik bas kat Bangkok tu. Boleh je nak naik teksi. Tapi tak thrill la beb. Skali skala kena adventure baru best.

Baik. Perjalanan bermula dari hotel aku. Lepas sembang-sembang cek out dengan orang kaunter, aku lepak jap kat pc kat lobby. Pastu datang abang Eiman nak breakfast, pastu dia sembang lagi dengan aku. Dia balik keesokkan hari. Bestnye. Lepas sembang 1 jam baru aku gerak balik.

Aku amek BTS Skytrain Sala Daeng menuju ke Mo Chit. Kat situ aku amek bas no 29 menuju ke Don Mueang. Tapi aku tak tahu bila masa nak tekan loceng berhenti!!!! Lepas tu aku mintak tolong orang tempatan. Haram dia tak paham wey!! Aku panik sekejap. Rilek. Jangan gelabah kata diri aku. All Is Well. Aku buat-buat tanya kat orang tu "jauh lagi ke Don Mueang Airport?" Lebih kurang camtu lah. Korang nak tau dia cakap pe? Meikai meikai, sambil membuat isyarat tangan yang menunujukkan jauh kedepan lagi. Hahaha.

Ok. Aku dah dapat cara. Aku ingat balik tepi-tepi jalan raya semasa aku datang tempoh hari. Aku cam elok-elok supaya aku tak terlajak. Lepas beberapa ketika aku nampak Pusat kargo airport kat sebelah kanan aku, lepas tu aku nampak beberapa buah kapal terbang yang tengah parking. Yeah. Aku berjaya. Tanpa buang masa aku pun tekan loceng untuk berhenti di bus stop yang seterusnya. Lepas tu berhentilah bas tu di seberang jalan airport tersebut. Fuhh. Lega aku. Dah lah naik bas tu free je. Aku pun pelik mane konduktor bas tu. Takpelah. Jimat duit aku.

Lepas tu aku pun jalan pegi Terminal 1 untuk cek in tiket dan rehat-rehat sambil tunggu flight. Pukul 12 pm waktu bangkok aku pun berlepas pulang ke Malaysia. Tido je sepanjang penerbangan. Gitulah serba ringkas perjalanan aku sepanjang 4 hari di negara orang. Buat pertama kalinya dalam hidup aku. In Sha Allah akan ada lagi next trip. Tapi belum di putuskan lagi. Kumpul duit dulu ye.

Till then. See U.

No comments: