Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Tuesday 30 August 2011

Update Lambat - Malam Raya

salam semua. salam aidilfitri. camne raya pertama hari ni? mesti meriah kan. lepas solat raya aku trus balik rumah atok aku. marhaban kejap pastu buat tahalil ringkas sikit. ok. kali ni aku nak update pasal malam raya. malam tadi. cakap banyak pon tak guna. gambar lebih menceritakan segalanya. hehe.





Monday 29 August 2011

Esok Raya!!!!

salam semua. post ringkas hari nih. pagi nih. lepas sahur. trus tak tido. trus subuh. trus tak tido lagi. huh. aku dah kat kampung sebelah mak aku kat felda air tawar 1 kota tinggi. nampaknya sume adik beradik mak aku dah sampai kat kampung. ramai la sikit. meriah rumah atok aku ni. semalam berbuka ramai-ramai memang seronok.

lagi seronok malam semalam game Man Utd Vs Arsenal. result Man Utd (8) - Arsenal (2). haha. Arsenal main macam budak-budak. lagi bagus Man Utd lawan dengan Harimau Malaya Malaysia. hah. baru ada fight. baru syok.

ok. cukup cite pasal bola. so. pagi pose last day ni (maybe). besela. sume pon mesti sebok nak siapkan hidangan untuk pagi raya nanti. ketupat sume aku dah siap anyam dengan my lovely kazen Nurul Husna. setahun sekali anyam ketupat. besela. kadang-kadang tu lupe la step silang masuk anyamnye tu. berputar-putar sekali jadi ketupat lain daaa. tapi berkat dari tunjuk ajar kazen aku. aku dapat balik stepnye. so dalam masa 5 minit dapat la aku siapkan 2-3 ketul bergantung kepada saiz. hehe. slow ke laju?

satu lagi juadah raya yang paling aku tunggu esok adalah lepat pulut spesel atok aku. yaaa. sedaaaap. pulut ade kacang ckit. ade daging ckit. pergh. terliur beb. pastu dengan sambal goreng makcik aku. tu lagi tak bley tahan. memang aku makan ratah gitu je. sepinggan penuh dengan sambal goreng je. layann. tapi ape-ape pon. makan kene kawal gak la. ape gune jaga maka bulan pose. berta badan turun beb. hah. jangan jeles. 2 kg tu. xpela. aku bukan nak kurang banyak pon. setakat "mentenkan" berat je. hehe

so apa plan pagi raya nanti? apelagi beb. pegi beraya laaa. tengok la nanti. maybe gi umah atok-atok sedara. pastu kalau ade kawan-kawan aku dekat kota tinggi ni. boleh gak la aku gi rumah dorang. raya ketiga maybe balik Batu Pahat plak. kampung sebelah bapak aku. tak tahu la ade lagi ke tak makcik-makcik aku kat sana. tak pon. beraya jela rumah dorang. bukan jauh sangat pon. keliling-keliling je.

ooraiitt.. rasanya sampai sini je dulu. nanti sambung lagi. next entry. see yaa..next post potret raya ye. tunggu..

Friday 26 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

salam semua. di kesempatan yang ade ni. aku nak ucapakan selamat hari raya aidilfitri kepada korang semua. semoga bergembira di hari raya nanti dan jaga keselamatan diri dan harta benda. tahun ni aku rasa nak buat kelainan. slalu aku buat kad raya. pastu aku tag kawan2 kat kad tu. tapi tahun ni ubah ckit. aku buat stop motion video.. hehe..lain kan..simple je..nak wat yang complicated kang lame plak korang nak hadap video tu.. apepun korang layan jela ...




Wednesday 24 August 2011

Wordless Wednesday #3


Wordless Wednesday #2

Baby Portraiture - Harith Ummair

Wordless Wednesday #1

Modeling

Tuesday 23 August 2011

Renungan Untuk Semua..

"In one minute you can seek the forgiveness of Allah [SWT] more than 100 times by saying 'AstaghfirAllah' (I seek the forgiveness of Allah). The virtues of seeking forgiveness are no secret, for it is the means of attaining forgiveness and entering Paradise, and it is the means of being granted a good life, increasing one’s strength, warding off disasters, making things easier, & increasing one’s wealth & children."

bila seronok, aku cari....pasanganku
bila sedih, aku cari....emakku
bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
bila gagal, aku ceritakan pada.... emakku
bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
bila berduka, aku peluk erat....emakku
bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....emakku
bila sambut valentine, aku bagi hadiah pasa pasanganku
bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan "selamat hari ibu"
selalu..aku ingat pasanganku
selalu..emak ingat kat aku
bila-bila...aku akan talipon pasanganku
entah bila...aku nak talipon emak
selalu..aku belikan hadiah untuk pasanganku
entah bila..aku nak belikan hadiah untuk emak

renungkan:
kalau kau sudah habis belajar dan telah bekerja..
bolehkah kau kirim wang untuk emak?
mak bukan nak banyak...lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah

berderai air mata jika kita mendengarnya

tapi kalau Emak sudah tiada..
MAKKKK...RINDU MAK...RINDU SANGAT!!!

berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya...
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya...

dan akhir sekali, berapa ramai yang menyembahyangkan JENAZAH ibunya...

Sunday 21 August 2011

Tinggal Seminggu Lagi Raya

salam semua. hari ni 21hb Ogos 2011. bersamaan 21 Ramadhan. so apa lagi yang kita fikir lagi kalau bukan lagi seminggu je nak raya. teruja tak? baju-baju raya sume dah siap belom? mesti tak menang tangan tailor skang ni nak kejo kan tempahan baju yang belom siap. sian dorang. tapi takpe. memang time ni la dorang masyuk. hah. apa aku cite ni. aku bukan tukang jahit dan takde kena mengena pon aku dengan dorang tu. hahah.

bahang hari raya makin terasa. lagu-lagu raya makin rancak didengari di corong lohong setiap radio kat Malaysia ni. lagu-lagu raya lama jugak yang aku suka. lagu baru ade gak. yang mane sedap di dengar tu memang layan la. bukak kuat-kuat dalam kete pastu nyanyi umpama pentas aku yang punya. hahah. dengan sore serak-serak ramli sarip dol. padahal tengah sakit tekak wei.

tahun cam bese. beraya kat kampung mak aku. felda air tawar satu kota tinggi. tahun ni takde job untuk potret raya di hari raya pertama. tak macam raya tahun lepas. lepas semayang raya je aku cabut gi wat job. tahun ni wat potret family sendiri jela. so nanti tunggu je la aku pos. maybe agak meriah la tahun ni. aku rasa la. sebab dengar cite tahun ni ramai yang nak kumpul. kite tunggu dan lihat jela nanti. yang penting marhaban nazam lebaran ciptaan bapak aku bakal di dendangkan di pagi raya nanti. haha. teting vokal lagi la nanti.

ok la kot. dah lama tak hapdet blog ni. kontang kejap idea. apepon layankan lagu raya ni. antara peberet aku. dengan satu bukan lagu raya. hahah. enjoyzzz..










Saturday 13 August 2011

Aku Dia Dan Kamu

salam semua. hari ni aku gerak gi Shah Alam. maybe masa entri ni masuk aku dah pon on the way gi Shah Alam. maybe ade kat highway lagi. blom sampai Shah Alam lagi. post kali ni aku takde nak cakap ape pon. cume aku nak cuba menten entri paling kurang 3 entri seminggu. haaa. amacam? nampak macam banyak sangat je idea aku nak menaip kan. sebenarnye takde banyak mana pon. sikit-sikit je. asal terlintas je aku trus taip la. takot lupe. bila dah lupe. trus rasa malas nak menaip buat post. ok. tanpa banyak masa. aku nak bagi korang layankan gambar-gambar yang aku dah snap. enjoyzzz.






p/s: kalau korang rasa tak puas tgk gambo kecik-kecik ni bolehla korang gi website ni nadiarts.com



Friday 12 August 2011

Ada Apa Dengan Adi Azli


salam semua. entri kedua untuk hari ini. mood lepas solat Jumaat adalah begitu bagus skali. tanpa tidur di masjid dan balik aku still tak ngantuk. hah. petanda bagus. ya. bagus untuk aku tido awal malam ni. esok aku nak gerak gi Shah Alam. ade urusan bisnes sikit. bisnes ape? tgk entri perkenalan. 

cite banyak pon tak guna. tengok jela jadual kat bawah ni yer. hehe. nak aku komen tiap-tiap huruf nanti orang cakap cam poyos plak. ahaha. tapi bukan aku reka sendri la. kalau korang nak cuba gak. klik la link dalam jadual tu. selamat mencuba. yeah..

ADI AZLI
AAmanah
DDinamik
IIkhlas
AAlim
ZZingy
LLemah-lembut
IIdealistik

Ramadhan Hari ke-12

salam semua. alhamdulillah kita dah di hari ke 12 ramadhan. senang nak tau brape hari dah kite puasa. sebab tahun ni. bulan ramadhan same tarikhnye dengan bulan ogos. 1 ogos bersamaan 1 ramadhan. cume ramadhan habis awal sikit la nanti. dah masuk hari ke 12 ni nak tau gak la puasa korang camne. aku bese-bese je. puasa duk kat rumah keluarga. rilek jela. kadang tolong masak. kadang tak. haha. makanan tetap sedap. masakan sendiri la katekan.

teringat plak masa zaman-zaman blaja dulu. blaja dah la jauh. kat shah alam nun. 6 tahun beb puasa kat tempat orang. tapi apa yang aku boleh cakap. best. seronok. yela. mana taknye. puasa dengan kengkawan. lain macam la seronoknye. ye tak. kadang sahur. kadang tak. kadang sahur awal. kadang sahur last minit. (dah azan subuh megi still kat dalam mulut). gi jalan-jalan bazar. bazar dah habis tawaf. tapi makanan satu pon tak sangkut. dah banyak sangat. jadi. cuci mata ambil bau jela. last skali beli roti john dgn soya jela. sedap. lagi-lagi kat Bazar Ramadan Stadium Shah Alam. terbaek beb.

dah cukup la kot cite ni. kalau cakap pasal puasa mesti ade sangkut paut dengan bazar. juadah buke. dan last skali raya. haha. baju raya mesti dah siap sume kan. siap beli skang ni. takde masa dah nak tempah-tempah. lagipun yang terjual pun skang dah banyak yang cantik-cantik dan murah-murah. so jangan lepaskan peluang yang datang setahun skali ni. ahaha. berbelanja lah dengan bijok.

satu lagi aku tak dapat-dapat lagi bulan puasa tahun ni. mercun. ahaha. tak tau la nak cari stok mercun. yang jual mercun asik kene tangkap je. susah jugak nak cari buat perang malam raya nanti. pergh. memang layan beb perang mercun malam raya kat kampung aku. adoi. takpelah. nanti ade la kot kazen-kazen aku bawak balik stok perang. harapnye adelah. kalau tak kite belasah jela buat meriam katak. hoi...