Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Saturday, 23 February 2013

Bangkok Trip - Arrival

Salam semua dan bersiaran dari bangkok thailand..sawadikap. Hari ni sebenarnya hari kedua aku kat bangkok. Semalam aku sampai dari KL. Naik Flight kat LCCT turun ke Don Mueang International Airport. Sebenarnya ini adalah first trip aku ke luar negara. Pada mulanya ada berteman, tapi last minit tak boleh pergi. Tapi takpe, the journey must go on even lone ranger. Hahaa. Mulanya agak cuak gak. Yelah. Sebab tak pernah jalan sorang-sorang ke luar negara. Tapi demi mencari pengalaman, aku gagahkan jua. Cewah.

Baik. Aku nak mula dari aku bertolak dari rumah. Aku dari johor. So aku drive sendiri sampai la kat Putrajaya Sentral. Aku park kat sana sebab murah dan parking berbumbung. Lagi bagus dari aku parking kat LCCT, dahlah mahal, tengah panas pulak tu. Ok. Dari Putrajaya Sentral aku amek tiket ERL transit. Kaunter tiket ada kat tingkat atas. Cakap dengan petugas yang cantik kat situ nak pergi LCCT. Nanti dia akan bagi tiket ERL dan tiket bas transit ke LCCT skali. Harga murah je RM5.50. Dan bas transit akan tunggu kat stesen ERL tu. Bila dah sampai LCCT tu pe lagi, pegi cek in la. Then tunggu flight.

Aku sampai kat Don Mueang International Airport pukul 3.15 petang. So, dari airport nak ke bangkok aku naik bas transit ke Mo Chit BTS Skytrain. 30 baht je. Sebab itu yang paling murah dan senang. Sebab aku bergerak banyak gunakan train.

Aku stay kat Take A Nap hotel. So, dari Mo Chit BTS Skytrain aku amek tiket ke Sala Daeng. 40baht. Tapi untuk ke Sala Daeng kene tuko train kat Siam BTS Skytrain. Tak perlu nak turun tangga mana-mana. Platform die sebelah je. Trus naik dan sampai ke Sala Daeng. Sekejap je. Pastu aku menapak la dari Sala Daeng. Untuk ke hotel, lepas keluar train, pergi amek exit 3, turun ke sebelah kiri dan menghala ke jalan Sam Yan. Agak letih sikit la jalan. Dah sampai aku trus cek in dan mandi dan solat dan lepak je. Ngantuk pun ade gak. Sebab aku kuar rumah subuh wey.. Pe lagi.. Tido laaa.

So pagi ni aku nak ke Chatuchak Market. Nanti aku update lagi. Gambar-gambar nanti aku update. Sebab semalam bawak beg banyak so aku malas nak keluarkan kamera aku.

Ok. Till then. See U.

No comments: