Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Thursday 7 February 2013

Mesin Masa

Kembali ke era tahun 90an, aku sendiri dah lupa sebenarnya tahun berapa. Kampung Cenderawasih ( Sekarang dah jadi bandar Cenderawasih), Lahad Datu, Sabah.

Satu petang yang kebiasaannya budak-budak sebaya aku akan keluar bermain di halaman rumah dan kawasan kejiranan, tetapi aku hanya duduk di beranda rumah sahaja melihat budak-budak yang lain bermain. Lepas tu aku pun join sekali la beb. Mana boleh tahan tengok orang main aku plak duduk saje je kat rumah kan. Dah nama pun budak-budak, mestilah aktif even masa tido pun tetap aktif.

Petang tu acara bermain lebih tertumpu kepada aspek fizikal, dimana penekanan kepada minda dan kecerdasan menaakul adalah tidak digalakkan untuk di aplikasikan.

Dari acara lumba lari berganti-ganti 50m kot, sehinggalah beralih kepada acara lumba basikal. Acara lumba lari tidak menghampakan buat aku yang sudah terkenal dengan kelajuanku yang boleh di katakan untuk pecah rekod 100m pada waktu adalah tidak mustahil. Tapi umur aku belum mengizinkan aku untuk berbuat demikian.

Setelah acara tadi selesai, acara lumba basikal pula mengambil tempat. Masing-masing mengeluarkan tunggangan masing-masing. Pada masa tu basikal yang paling in adalah BMX. jenis apa aku tak ingat. Dan seperti biasa, aku tidak mahu ketinggalan. Demi mengekalkan dan menjaga reputasi aku. Aku sorong basikal aku dengan gaya ego lagi megah tanpa rasa prejudis dan rasis.

Mata budak-budak tiba-tiba terpaku. Mungkin melihat basikal aku yang pertama kali jejak ke tanah hari tu demi sebuah persaingan. Aku rilek. Selamba. Tiba saat mengayuh. Aku tertinggal jauh.

Ciss. Aku lupa cabut roda kecik kiri kanan aku laaaaaaaa. Sumpah lepas hari tu aku cabut buang roda kecik kiri kanan tu. Adoih.


No comments: