Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Tuesday 11 September 2012

Hari terakhir

tahun 2011, mencatatkan satu lagi sejarah dalam hidup aku, ya, aku menyambung pelajaranku di peringkat sarjana. hamboi. dulu bukan main lagi kau malas belajar ye. tup tup sekarang kau dah sambung sarjana pulak atau dalam kata lainnya Master. ya, kini kau seorang master, master ji, master of puppet.

tapi aku lari dari bidang aku. kalau degree dulu aku buat engineering. tapi berbeza pula untuk master ni. setelah membuat rujukan dan telahan beberapa kali dan ketika, aku mengambil keputusan untuk membuat master dalam bidang pendidikan. amboi kau. nak jadi pensyarah ke? of course la kan, kalau dah dalam bidang master pendidikan sudah tentu la kau kena jadi pensyarah.

durasi masa 1 1/2 tahun untuk menghabiskan master tersebut pada aku tidak terlalu lama jika nak dibandingkan dengan masa yang aku habiskan untuk diploma dan ijazah aku iaitu 6 tahun. lama kan. tapi memang lama la beb. orang mula dari bawah. bukan melompat terus ke ijazah kan. aku pun bukan orang yang bijak pandai. cuma orang biasa saja. amboi. down to earth.

sepanjang 1 1/2 tahun aku belajar master di batu pahat, macam-macam benda yang aku belajar. ye lah. dah nama pun belajar kan. mestilah macam-macam kau belajar adi oi. tapi yang paling aku suka belajar master ni ialah aku mempunyai cuti hujung minggu yang bebas. so dapatlah aku buat part time aku dengan senang lenang tanpa ada gangguan. ok sila gelak jahat.

dan setelah 1 1/2 tahun berlalu. kini aku telah habis master aku. dengan bangganya aku mengishtiharkan bahawa aku adalah seorang master. kalau masterchef bagus jugak kan. hari jumaat ini 14 september 2012 akan melahirkan seorang lagi graduan master pendidikan teknik dan vokasional dari uthm. lepas habis ini tak tahulah aku bila nak dapat posting. bukan post entry ye. tapi posting itu penempatan kerja. mungkin untuk mengisi masa yang bakal banyak terluang. aku akan teruskan kerjaya aku sebagai part time photographer. banyak album yang tertangguh ni. job pun berturut menuggu. oppss..ini bukan menunjuk-nunjuk. ini namanya rezeki.

No comments: