Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Showing posts with label seminar. Show all posts
Showing posts with label seminar. Show all posts

Tuesday, 11 September 2012

Hari terakhir

tahun 2011, mencatatkan satu lagi sejarah dalam hidup aku, ya, aku menyambung pelajaranku di peringkat sarjana. hamboi. dulu bukan main lagi kau malas belajar ye. tup tup sekarang kau dah sambung sarjana pulak atau dalam kata lainnya Master. ya, kini kau seorang master, master ji, master of puppet.

tapi aku lari dari bidang aku. kalau degree dulu aku buat engineering. tapi berbeza pula untuk master ni. setelah membuat rujukan dan telahan beberapa kali dan ketika, aku mengambil keputusan untuk membuat master dalam bidang pendidikan. amboi kau. nak jadi pensyarah ke? of course la kan, kalau dah dalam bidang master pendidikan sudah tentu la kau kena jadi pensyarah.

durasi masa 1 1/2 tahun untuk menghabiskan master tersebut pada aku tidak terlalu lama jika nak dibandingkan dengan masa yang aku habiskan untuk diploma dan ijazah aku iaitu 6 tahun. lama kan. tapi memang lama la beb. orang mula dari bawah. bukan melompat terus ke ijazah kan. aku pun bukan orang yang bijak pandai. cuma orang biasa saja. amboi. down to earth.

sepanjang 1 1/2 tahun aku belajar master di batu pahat, macam-macam benda yang aku belajar. ye lah. dah nama pun belajar kan. mestilah macam-macam kau belajar adi oi. tapi yang paling aku suka belajar master ni ialah aku mempunyai cuti hujung minggu yang bebas. so dapatlah aku buat part time aku dengan senang lenang tanpa ada gangguan. ok sila gelak jahat.

dan setelah 1 1/2 tahun berlalu. kini aku telah habis master aku. dengan bangganya aku mengishtiharkan bahawa aku adalah seorang master. kalau masterchef bagus jugak kan. hari jumaat ini 14 september 2012 akan melahirkan seorang lagi graduan master pendidikan teknik dan vokasional dari uthm. lepas habis ini tak tahulah aku bila nak dapat posting. bukan post entry ye. tapi posting itu penempatan kerja. mungkin untuk mengisi masa yang bakal banyak terluang. aku akan teruskan kerjaya aku sebagai part time photographer. banyak album yang tertangguh ni. job pun berturut menuggu. oppss..ini bukan menunjuk-nunjuk. ini namanya rezeki.

Friday, 23 March 2012

Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati


Assalamualaikum dan salam satu dunia, kini Denaihati mengorak satu lagi langkah baru dalam dalam industri blogging dengan memperkenalkan Akademi Denaihati. Di akademi ini kami menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja di internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan.
Untuk merealisasikan projek ini, pihak Denaihati.com memperkenalkan Seminar WordPress sebagai kursus awalan untuk mereka yang berminat menyertai Akademi Denaihati. Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:
SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
TEMPATHotel Singgahsana, Petaling Jaya
TARIKH14 – 15 April 2012
MASA9 Pagi – 6 Petang
YURANRM 250 (Mendaftar sebelum 5 April 2012)
RM 350 (Mendaftar 6 April – 12 April 2012)
Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:
  • Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu
  • Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien
  • Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media
  • Sebuah domain dan hosting selama setahun
  • Sebuah eBook “Blogging For Beginners”
  • Sebuah eBook perkongsian daripada Ariffshah bertajuk “SEO Untuk Semua”
  • Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati
  • Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan
  • Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd
  • Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.
Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang WordPress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke WordPress atau mereka yang sudah mempunyai blog WordPress dan ingin mendalami WordPress.
Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh daftar dan buat pembayaran ke akaun berikut:
CIMB – 12360003070058 (Ultimate Brilliant Services and Trading)
Setelah selesai buat pembayaran, sila emailkan kepada kami butiran berikut ke akademi@denaihati.com
  • Nama
  • No Telefon
  • Email
  • Bukti pembayaran
  • 3 Nama pilihan domain
Anda boleh hadir ke seminar ini dengan kereta (RM 4 sahaja/entry untuk parking) atau melalui LRT dan berhenti di Stesen Taman Jaya. Hotel Singgahsana terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Taman Jaya. Di bawah adalah map untuk ke Hotel Singgahsana:
Ini merupakan event pertama seumpama ini di adakan oleh pihak Akademi Denaihati. Akademi Denaihati ingin pergi lebih jauh lagi dengan menghasilkan lebih ramai graduan yang boleh membina kerjayanya melalui internet. Adakah anda ingin bersama Denaihati.com?