Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Saturday, 15 September 2012

Aku Dan Politik - Bahagian 1

burung-burung berkicauan, ayam jantan berkokok lantang dengan megahnya membidangkan dadanya, memecah kesunyian keheningan pagi yang syahdu hari ini. aku. seperti biasa, usai solat subuh. pantas bingkas membuka komputer riba ku. jari jemari yang tidak berapa halusku ini lincah menari di setiap aksara di papan kunci. baiklah. apa cerita dunia hari ini. ah. tidak perlu jauh untuk keluar dunia. cerita didalam negara sendiri pun belum habis aku terokai. cuti-cuti Malaysia. jom bercuti. ah. aku silap. ini bukan pasal hal aku ingin bercuti. dan pergi bercuti.walaupun pada hakikatnya aku sudahpun bercuti panjang. atau dengan kata lain. aku sudah pun mendaftarkan diri sebagai salah seorang pekerja kontrak buruh tetap atau buruh kontrak di sebuah ladang anggur kepunyaan Pakcik Suratman di kampung seberang sungai sana. di mana? cukuplah sekadar menyebut di sana. dimana? disana la..

baik. kembali kepada berita. hurm. jenayah, sekolah, perniagaan, kejadian setempat, politik, ok. politik. terus aku memakukan mataku untuk terus membaca dan meneliti setiap baris ayat yang tertulis di paparan retinaku. adeh. ini bukan Macbook Pro. cuma sekadar komputer riba biasa yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seperti Macbook Pro. tapi apakan daya. itu saja yang termampu. belum ada rezeki mungkin. kembali ke tajuk utama. permainan politik semakin hari semakin rancak. seperti sudah dijangka. pilihanraya akan tiba tidak lama lagi. yang pasti bukan tahun hadapan. tapi tahun ini juga. jadi semua parti, tidak perlu aku nyatakan nama parti-parti tersebut, mula memainkan, mencanangkan apa agenda mereka, apa janji mereka, apa perancangan mereka kelak apabila mereka memegang tampuk pemerintahan negara. atau dengan prolestisasi bahasa yang lebih ampuh ialah apabila mereka menawan Putrajaya.

bermacam janji dan kempen telah ditabur. itu belum lagi dikira berapa jumlah duit yang sudah ditabur. namun apa yang lebih aku "concern" kan disini ialah sejauh mana kemampuan mereka untuk menepati janji mereka tersebut. atau pun, dari manakah sumber yang diperolehi untuk mereka menabur duit yang sebegitu banyak? pernah aku berbual dengan seorang hamba Allah. dari golongan pemikir juga. pada aku, mereka ini berfikir dari segi ilmiah dan tidak mengkhinzir bertongkat maafkan saya. mereka lebih kritis dalam menganalisis dan mentafsir sesuatu yang diperolehi sebelum menerimanya. memang sepatutnya kita begitu. selidik dahulu asal usulnya. baik. apa yang hamba Allah ini bercerita kepada aku ialah, banyak perkara yang tidak betul dan telus dalam pentadbiran kita. tidak kisahlah dari pihak pembangkang atau kerajaan.

tapi, mungkin sudah fitrah manusia. apa yang didapatnya tidak pernah cukup. tidak pernah bersyukur, satu hari nanti kamu akan dibalas juga. pernah tidak kita terfikir yang akan ada orang yang akan beri kita 10sen dan secara tidak sedar orang yang memberi kita 10sen tadi akan mengambil 90sen dari kita? itulah yang berlaku pada kita sekarang. renung-renungkan dan selamat berimaginasi.


No comments: