Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Monday, 17 September 2012

Bantal Peluk

dari kejauhan aku dengar bunyi deruan kereta dan motosikal. laju. bising. bingit. suasana pagi ketika itu. baiklah.sudah pagi rupanya. mereka itu ingin bergegas keluar mencari rezeki pagi mungkin. ataupun menghantar anak ke gedung ilmu barangkali. ataupun pergi bersarapan. ataupun pergi berjalan-jalan. ya. mana tau kan. berjalan jauh mungkin.

aku masih bergolek-golek menikmati kelembutan tilam disulami gerak geri liuk lentuk badan dalam usaha untuk meregangkan badan. selimut masih meliputi tubuh badanku yang mungkin tidak lama lagi selimut itu tidak akan berjaya menutupi kakiku. bantal peluk masih aku peluk erat. kuat. rapat. sepenuh jiwa. argh. liatnya aku ingin meringankan tubuhku untuk bangun. orang cakap lepas subuh tidak elok tidur. nanti rezeki susah masuk. tapi masuk la jugakkan. cuma susah. ok. jangan ikut tafsiran aku ni.

tiba-tiba. aku bingkas bangun. terduduk. telefon pintarku berbunyi. menandakan ada sesuatu yang menerjah masuk memenuhi ruang kosong didalamnya. tapi aku sendiri tidak pasti. tapi aku abaikan saja dahulu. bantal pelukku dicampakkan ketepi. sisi katil. selimut. dilipat. cadar di rapi. cincin, kunci, dompet dalam laci. ada sikit wang. itu saja baki. haaaaaa. cuba teka. pernah dengar tak.

semua aku lakukan sendiri, tapi sampai bila. aku renung. aku lihat. aku perhati. aku berfikir sejenak. di satu sudut katilku. ada bantal peluk. hanya bantal. tapi sampai bila. kalau sekarang penggera jam yang mengejutkan aku. kadangkala suara emak. kadangkala suara bapak. kadangkala tiada suara. tapi sampai bila. tidur kadangkala lena. kadangkala tidak. kadangkala mimpi ngeri. kadangkala mimpi indah. kadangkala mimpi mengigau. kemudian terjaga. terkejut. diri sendiri yang mententeramkan diri sendiri.tapi sampai bila.


No comments: