tahun 2011, mencatatkan satu lagi sejarah dalam hidup aku, ya, aku menyambung pelajaranku di peringkat sarjana. hamboi. dulu bukan main lagi kau malas belajar ye. tup tup sekarang kau dah sambung sarjana pulak atau dalam kata lainnya Master. ya, kini kau seorang master, master ji, master of puppet.
tapi aku lari dari bidang aku. kalau degree dulu aku buat engineering. tapi berbeza pula untuk master ni. setelah membuat rujukan dan telahan beberapa kali dan ketika, aku mengambil keputusan untuk membuat master dalam bidang pendidikan. amboi kau. nak jadi pensyarah ke? of course la kan, kalau dah dalam bidang master pendidikan sudah tentu la kau kena jadi pensyarah.
durasi masa 1 1/2 tahun untuk menghabiskan master tersebut pada aku tidak terlalu lama jika nak dibandingkan dengan masa yang aku habiskan untuk diploma dan ijazah aku iaitu 6 tahun. lama kan. tapi memang lama la beb. orang mula dari bawah. bukan melompat terus ke ijazah kan. aku pun bukan orang yang bijak pandai. cuma orang biasa saja. amboi. down to earth.
sepanjang 1 1/2 tahun aku belajar master di batu pahat, macam-macam benda yang aku belajar. ye lah. dah nama pun belajar kan. mestilah macam-macam kau belajar adi oi. tapi yang paling aku suka belajar master ni ialah aku mempunyai cuti hujung minggu yang bebas. so dapatlah aku buat part time aku dengan senang lenang tanpa ada gangguan. ok sila gelak jahat.
dan setelah 1 1/2 tahun berlalu. kini aku telah habis master aku. dengan bangganya aku mengishtiharkan bahawa aku adalah seorang master. kalau masterchef bagus jugak kan. hari jumaat ini 14 september 2012 akan melahirkan seorang lagi graduan master pendidikan teknik dan vokasional dari uthm. lepas habis ini tak tahulah aku bila nak dapat posting. bukan post entry ye. tapi posting itu penempatan kerja. mungkin untuk mengisi masa yang bakal banyak terluang. aku akan teruskan kerjaya aku sebagai part time photographer. banyak album yang tertangguh ni. job pun berturut menuggu. oppss..ini bukan menunjuk-nunjuk. ini namanya rezeki.
Showing posts with label seller. Show all posts
Showing posts with label seller. Show all posts
Tuesday, 11 September 2012
Monday, 2 April 2012
Jadi Raja Ebay
Salam hormat,
Hari ini jika kita lihat ramai newbie disogok dengan niche produk yang "kurang bersesuaian" dengan pengalaman mereka.
Akhirnya ramai yang kecundang dipertengahan jalan angkara salah tanggapan menjana pendapatan di eBay begitu mudah dan mampu memberi pulangan yang lumayan.
Seseorang penjual itu mampu menghasilkan jualan dan pendapatan yang memberansangkan jika mereka sentiasa mempunyai idea-idea yang boleh dikembangkan.
Sebagai contoh, ada orang amat suka memasak. Memasak juga merupakan hobi buat seseorang. Apabila kita membuat carian dan research, kita akan mendapati begitu banyak katakunci dan carian di internet berkaitan dengan memasak.
Antara yang paling popular ialah buku resepi. Kita tahu, setiap negara memiliki chef mereka yang terhebat dan terkenal. Malah chef Malaysia juga dikenali di seluruh dunia.
Apabila kita menyebut mengenai hobi dan citarasa, mereka yang meminati aktiviti ini sudah pasti akan mencari bahan-bahan resepi baru di internet terutamanya di eBay.
Kita sebagai seorang penjual harus peka dan mengenalpasti apakah resepi-resepi lazat dan hebat yang boleh kita ketengahan di pasaran eBay.
Senaraikan di atas kertas dan mula menulis seberapa banyak maklumat mengenai buku resepi dan penulisnya, kemudian kenalpasti dimana sumber bahan ini boleh diperolehi. Jika anda telah menjumpainya, bolehlah berkira-kira untuk menjualnya di eBay.
Samalah seperti pengalaman Noorizam Shah, pemilik produk Video Lubuk Duit dimana beliau mempunyai pengalaman menjual majalah TIME berkaitan berita kematian Micheal Jackson di pasaran eBay US dan UK dan ianya sold out dalam masa beberapa hari.
http://tinyurl.com/hotebay
Di dalam DVD video lubuk duit ini, anda akan didedahkan bagaimana untuk membina idea dan menggunakan idea tersebut untuk mencipta produk bagi jualan di eBay.
Pendedahan ini bukan dari cedok dari mana-mana forum atau platform perbincangan kerana ramai yang sedia maklum, saudara Noorizam Shah memang mempunyai banyak pengalaman di dalam bisnes di eBay.
Maklumat lanjut mengenai bagaimana membina idea yang hebat, sila layari link ini:
http://tinyurl.com/hotebay
Jumpa lagi,
adi azli suhaimi
Labels:
ebay,
ebayer,
hot ebay,
hot item,
lubuk duit,
noorizamshah,
online bussiness,
seller,
terapeak,
US
Subscribe to:
Posts (Atom)