Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Showing posts with label don mueang airport. Show all posts
Showing posts with label don mueang airport. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

Post Mortem Bangkok Trip

Kali ni aku nak cerita sikit pasal apa yang dah aku beli kat Bangkok hari tu. Aku dapat baju signature Bangkok iaitu I Love Bangkok, Jersi Manchester United, Real Madrid dan Chelsea yang 99% sama dengan original, Baju Hard Rock Cafe dan fridge magnet seketul dan penyangkut baju 2 ketul yang pada aku cantik la. Actually aku ada beli selipar girl yang kawaiii, 3 pasang tapi aku dah let go terus. Nak shopping banyak-banyak bukan ada duit sangat pun. Lagipun niat aku gi Bangkok pun bukan untuk shopping, tapi just nak find a quality time for myself.

Even plan asal aku pergi berempat, tapi oleh beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, maka tinggal la aku seorang. Sorang pun sorang lah, the journey must go on. Tapi Allah Maha Berkuasa, sampai aku kat Bangkok, aku tak keseorangan. Dalam perjalanan dapat 3 orang kawan. See, nampak tak kat situ, Allah tak bagi apa yang kita nak, Allah bagi apa yang kita perlu. Alhamdulillah. Aku syukur sangat. Dan mereka itu sangat best. Thanks Nor Hidayatul Akma, Syazwani Azizi dan Masita Masrud kerana korang sudi terima aku tumpang trip korang. Hehehe.


baju chelsea aku dah bagi adik aku

Friday, 1 March 2013

Bangkok Trip - Balik

Ok. Entri ni maybe pendek je sebab nak cerita aku balik Malaysia. Sebabnye aku gamble naik bas kat Bangkok tu. Boleh je nak naik teksi. Tapi tak thrill la beb. Skali skala kena adventure baru best.

Baik. Perjalanan bermula dari hotel aku. Lepas sembang-sembang cek out dengan orang kaunter, aku lepak jap kat pc kat lobby. Pastu datang abang Eiman nak breakfast, pastu dia sembang lagi dengan aku. Dia balik keesokkan hari. Bestnye. Lepas sembang 1 jam baru aku gerak balik.

Aku amek BTS Skytrain Sala Daeng menuju ke Mo Chit. Kat situ aku amek bas no 29 menuju ke Don Mueang. Tapi aku tak tahu bila masa nak tekan loceng berhenti!!!! Lepas tu aku mintak tolong orang tempatan. Haram dia tak paham wey!! Aku panik sekejap. Rilek. Jangan gelabah kata diri aku. All Is Well. Aku buat-buat tanya kat orang tu "jauh lagi ke Don Mueang Airport?" Lebih kurang camtu lah. Korang nak tau dia cakap pe? Meikai meikai, sambil membuat isyarat tangan yang menunujukkan jauh kedepan lagi. Hahaha.

Ok. Aku dah dapat cara. Aku ingat balik tepi-tepi jalan raya semasa aku datang tempoh hari. Aku cam elok-elok supaya aku tak terlajak. Lepas beberapa ketika aku nampak Pusat kargo airport kat sebelah kanan aku, lepas tu aku nampak beberapa buah kapal terbang yang tengah parking. Yeah. Aku berjaya. Tanpa buang masa aku pun tekan loceng untuk berhenti di bus stop yang seterusnya. Lepas tu berhentilah bas tu di seberang jalan airport tersebut. Fuhh. Lega aku. Dah lah naik bas tu free je. Aku pun pelik mane konduktor bas tu. Takpelah. Jimat duit aku.

Lepas tu aku pun jalan pegi Terminal 1 untuk cek in tiket dan rehat-rehat sambil tunggu flight. Pukul 12 pm waktu bangkok aku pun berlepas pulang ke Malaysia. Tido je sepanjang penerbangan. Gitulah serba ringkas perjalanan aku sepanjang 4 hari di negara orang. Buat pertama kalinya dalam hidup aku. In Sha Allah akan ada lagi next trip. Tapi belum di putuskan lagi. Kumpul duit dulu ye.

Till then. See U.