Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Sunday, 21 August 2011

Tinggal Seminggu Lagi Raya

salam semua. hari ni 21hb Ogos 2011. bersamaan 21 Ramadhan. so apa lagi yang kita fikir lagi kalau bukan lagi seminggu je nak raya. teruja tak? baju-baju raya sume dah siap belom? mesti tak menang tangan tailor skang ni nak kejo kan tempahan baju yang belom siap. sian dorang. tapi takpe. memang time ni la dorang masyuk. hah. apa aku cite ni. aku bukan tukang jahit dan takde kena mengena pon aku dengan dorang tu. hahah.

bahang hari raya makin terasa. lagu-lagu raya makin rancak didengari di corong lohong setiap radio kat Malaysia ni. lagu-lagu raya lama jugak yang aku suka. lagu baru ade gak. yang mane sedap di dengar tu memang layan la. bukak kuat-kuat dalam kete pastu nyanyi umpama pentas aku yang punya. hahah. dengan sore serak-serak ramli sarip dol. padahal tengah sakit tekak wei.

tahun cam bese. beraya kat kampung mak aku. felda air tawar satu kota tinggi. tahun ni takde job untuk potret raya di hari raya pertama. tak macam raya tahun lepas. lepas semayang raya je aku cabut gi wat job. tahun ni wat potret family sendiri jela. so nanti tunggu je la aku pos. maybe agak meriah la tahun ni. aku rasa la. sebab dengar cite tahun ni ramai yang nak kumpul. kite tunggu dan lihat jela nanti. yang penting marhaban nazam lebaran ciptaan bapak aku bakal di dendangkan di pagi raya nanti. haha. teting vokal lagi la nanti.

ok la kot. dah lama tak hapdet blog ni. kontang kejap idea. apepon layankan lagu raya ni. antara peberet aku. dengan satu bukan lagu raya. hahah. enjoyzzz..










No comments: