Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Thursday, 28 July 2011

Malaysia Vs Singapura


salam semuanya. nampak itu gambar atas? haaa..malam ni itulah keputusannya. Malaysia menentang Singapura. musuh tradisi sejak zaman berzaman. dan malam ni adalah penentuan siapa yang lebih bagus.  
jangan dipandang keputusan yang lepas. jadikan ia sebagai pembakar semangat. walaupun aku tak dapat nak pegi stadium. tapi doa dan harapan aku tetap Malaysia akan menang malam ni demi membalas dendam kepada kekalahan di Singapura tempoh hari. pergh. dah macam ayat berita plak. 

apa yang aku nampak sekarang ni. sokongan yang diterima dari seluruh rakyat Malaysia amatlah membanggakan. kite boleh tengok sendri. tiket 85k habis sold out tak sampai 2 jam kaunter jualan dibuka. camtu la die penangan bola sepak. walaupan bola sepak negara ada jatuh bangunnya. tapi ia tetap menjadi sukan nombor satu negara. jadi untuk malam ni. ayuhlah Harimau Malaya. tunjukkan taringmu. singa yang lapar jangan kau endahkan. ko cakar je rambut singa tu sampai botak. bangkitkan kembali dan martabatkan semula pasukan bola sepak Malaysia supaya kembali menjadi pasukan yang di geruni satu masa dulu. doa kami bersama kalian. GO TIGER!!!

Allahyarham Mokhtar Dahari ( Harimau Malaya Tulen)

dan aku ade lagu untuk korang...



1 comment:

KiD said...

apo nak buat..? dah kalah kali ni.. huhuhu