Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Wednesday 27 July 2011

Perkenalan

IMG_8287

Salam semuanya...hai..untuk kesekian kalinya, aku menulis blog. satu aktiviti yang dah lama aku tinggalkan. bukan kerana malas, bukan kerana tiada idea untuk menulis, tetapi terlalu sibuk dengan bermacam-macam perkara yang aku lakukan (sebok sangat ke? mengalahkan PM plak). sebelum ni aku dah buat blog dot com sendiri. adiazli.com namanya, tapi tulah. oleh kerana jarang update, sampai naik berhabuk berhantu blog tu, maka dengan rela dan pasrahnya aku kuburkannya. haha..cam sadis sangat bunyinye. dan sekarang ni, inilah hasilnye, blog yang percuma lagi putih suci, simple dan malas aku nak tacap-tacap sangat.

jadi kenapa aku buat blog lagi? dah la ko malas update entri, ko nak kuburkan sekali lagi ke? oh nooo..no no no..kali ni aku akan sedaya upaya update entri aku. even sekarang ni aku tengah buat master. konon-konon rajin la sangat blaja. huh. sambil-sambil tu buat bisnes fotografi. ok. yang ni nanti aku update next entri. ok. berbalik kepada kenapa aku blogging semula. sebabnya aku nak buat satu jurnal kehidupan aku sendiri, yang mana aku boleh tengok balik apa yang dah aku buat sebelum-sebelum ni. even nanti anak cucu aku boleh baca apa yang aku dah tulis pada masa akan datang. inshaAllah kalau bertemu jodoh la. hehehe. 

lagi-lagi? takkan tu je kot? 

ade lagi bro. rilek. satu satu okay. ape lagi ek? erm. selain dari apa yang diatas tu tadi. blog aku ni juga bakal menjadi tempat luahan atau ekspresi atau respon atau pendapat (berape banyak atau daa) yang pada aku, tak salah untuk dikongsikan dengan dunia.. cewaah.. tak kira la apa pun. topik-topik yang mungkin jadi isi kandungan entri aku pon takde la spesofik sangat. kalau perlu barula aku spesifik-kan tajuk tu. biasanya general atau topik umum sudahla. nanti susah pulak nak difahamkan. 

ade lagi?

erm. kadang-kadang aku mungkin jadikan blog aku ni fotoblog. yaaa.. kan dah cakap tadi kan. aku part time fotog. jadi ade la beberapa entri aku nanti berkenaan dengan gamba-gamba yang aku dah snap. dan.. jangan terparanjat pulak kalau blog aku ni aku jadikan tempat karok..hahaha... ape? ingat nak karok kene gi RedBox je ke? haha.. mana-mana pon boleh.. asalkan gumbira.. dan untuk yang terkahir. penulisan ilmiah. haa. tak percaya ke? ya. itulah realitinya. sebagai seorang yang masih bergelar mahasiswa, cewah lagi. aku rasa aku kena buat sesuatu untuk penulisan tesis aku kelak. kena latih jugak beb. nanti kejang tangan kejang otak nak menaip isi. duduk menung la depan laptop berjam-jam. tapi isi pon tarak..

wokay.. panjang jugak untuk entri pengenalan ni kan. ini dinamakan merepek yang bukan-bukan. harap jangan terbawa-bawa dalam mimpi..haha.. dan jangan ambil hati dengan apa yang aku akan tulis. tapi kalau nak jatuh hati silakan..hehe 

sekian 

6 comments:

Farid said...

Ye, salam perkenalan. Wah, rugilah dah beli domain dotcom tapi xguna... boleh tu repair2 balik, cari template mudah sudah... rugi la biar camtu je kan... :) hehe... semoga dapat kembali aktif dalam berblogging.. :) berkongsi tu seronok...

adi azli said...

tula..terasa sangat rugi..tapi xpela..mungkin blom cukup pengalaman lagi..cr keseronokan dlu dgn blogspot ni..nnt ade rezeki beli balik la dotcom tu..hehe

Anonymous said...

awat poyo sangat muka ko? haha..

adi azli said...

biar poyo asalkan bergaya..hahaha

Anonymous said...

tebaek!!

Muslimah Optimis said...

kembali berblogging... aha sayang kan blog lama.. patutnya bagi nafas baru.. sama macam blog MO.. sejak 2009 tapi hanya november 2010 MO mula menulis kembali.. tapi belum mampu nak berdotcom lagilah..hihi.. teruskan menulis sebab pasti ada orang nak baca.. :-)