Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Showing posts with label malaysia vs singapore. Show all posts
Showing posts with label malaysia vs singapore. Show all posts

Thursday, 28 July 2011

Update Malaysia Vs Singapore (1-1) agregat 4-6


salam semuanya. game dah habis. doa dah habis. harapan dah musnah. tapi apa boleh buat. itulah bola sepak. ape yang boleh aku cakap kat sini. game tadi tak berapa best pon. Malaysia a.k.a Harimau Malaya kurang taringnya. SingaPura-Pura pulak banyak betol lakonan mantap yang dorang pamerkan. jelas kat situ rentak permainan banyak terganggu dan momentum permainan hilang terutamanya team Malaysia a.k.a Harimau Malaya. namun di sebalik semua tu. aku nak puji beberapa pemain Malaysia a.k.a Harimau Malaya. antaranya Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek. fokus tak hilang. cekap dan tangkas. berada di prestasi yang tinggi. S.Kunalan pulak rajin dan bersemangat kejar bola. memang patut dipuji. dan yang terkahir Ismail Faruqi. tak tau la ape nak puji pasal die tu. haha. 

apepun lepas ni Malaysia a.k.a Harimau Malaya tidak perlu berduka. masih banyak yang perlu kita belajar dan masih banyak yang kita boleh perbaiki. mungkin belum tiba masanya. entah bila aku pun tak tau. lepas ni kelayakan Olimpik plak. boleh cipta sejarah lagi. 

penyokong Malaysia. teruskan sokongan anda. jangan mudah menghukum pasukan kesayangan kita. kerana ini adalah tanah tumpah darahku. yela. kalau tak korang nak sokong negara mane plak kalau bukan negara sendiri. renung-renungkanlah ye. Go Tiger!!!

Malaysia Vs Singapura


salam semuanya. nampak itu gambar atas? haaa..malam ni itulah keputusannya. Malaysia menentang Singapura. musuh tradisi sejak zaman berzaman. dan malam ni adalah penentuan siapa yang lebih bagus.  
jangan dipandang keputusan yang lepas. jadikan ia sebagai pembakar semangat. walaupun aku tak dapat nak pegi stadium. tapi doa dan harapan aku tetap Malaysia akan menang malam ni demi membalas dendam kepada kekalahan di Singapura tempoh hari. pergh. dah macam ayat berita plak. 

apa yang aku nampak sekarang ni. sokongan yang diterima dari seluruh rakyat Malaysia amatlah membanggakan. kite boleh tengok sendri. tiket 85k habis sold out tak sampai 2 jam kaunter jualan dibuka. camtu la die penangan bola sepak. walaupan bola sepak negara ada jatuh bangunnya. tapi ia tetap menjadi sukan nombor satu negara. jadi untuk malam ni. ayuhlah Harimau Malaya. tunjukkan taringmu. singa yang lapar jangan kau endahkan. ko cakar je rambut singa tu sampai botak. bangkitkan kembali dan martabatkan semula pasukan bola sepak Malaysia supaya kembali menjadi pasukan yang di geruni satu masa dulu. doa kami bersama kalian. GO TIGER!!!

Allahyarham Mokhtar Dahari ( Harimau Malaya Tulen)

dan aku ade lagu untuk korang...