Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Saturday, 19 November 2011

Gadget impian Aku


Salam semua. entry aku kali ni simple je. nampak itu gambar di atas? itulah gadget impian aku. kenapa aku nak sangat iPad 2 tu? mesti korang nak tau apa yang best sangat dengan iPad 2 tu. ada apa dengan iPad 2 tu. tapi dalam entry ni aku taknak cite pasal spefikasi iPad 2 tu. tapi aku nak share pasal betapa perlunya aku mempunyai iPad 2. orait. sebab-sebabnya adalah:
  1. sebab aku nak isi dengan gambar-gambar atau lebih senang cakap sebagai portfolio bergerak aku. sebab senang kalau aku nk pergi jumpa dengan bakal customer aku. aku kan fotografer. hiks.
  2. boleh jadi organizer aku. simpan segala tarikh-tarikh penting terutamanya yang berkaitan dengan customer aku. sebab aku ni pelupa. haha. =)
  3. aku nak main game angry bird dengan seronoknya. asik main dalam pc je. takde feel orang cakap. gune mouse. nak jugak gune jari telunjuk. weeee.
  4. sebab aku nak iPad 2 yang kaler putih. bagi matching dengan BB n MacBook aku yang dah sediakala putih. oppss. patutnya semua la gune Apple kan? tapi nak buat camne. aku lebih suka BB dari iPhone. eh. salah topik plak.
  5. aku nak rasa ambil gambar or video guna iPad 2. sebab aku tengok orang-orang yang penah gune iPad 2. macam best je. nak guna buat shoot gambar orang kawen boleh tak? hehe
  6. mungkin ini sebab yang last kenapa iPad 2 menjadi gadget impian aku. sebab aku dah lama menyimpan perasaan untuk memiliknya. korang bayangkan la. kalau gi mane-mane shopping kompleks. 1st mesti aku nak cari Machines Outlets. mesti nak try main iPad 2 kejap pun jadilah. hehe
orait. aku rasa cukuplah untuk stakat tu. dan kenapa aku tulis entry ni pepagi baru bangun tido ialah kerana aku adalah salah seorang peserta untuk cabaran contest gadget impian anjuran denaihati.com. ni lah first time aku masuk contest camni. harap-harap la boleh menang. nak tolong aku menang? senang je. "LIKE" entry ni banyak-banyak. mintak tolong kawan-kawan korang "LIKE" dan comment kat entry ni. nak tweet pun boleh tolong aku gak tweet je. or Google+ pun ade. pendek kata macam-macam ada!! all teh best ya..

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak SitiRakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak


Wednesday, 9 November 2011

Contest Gadget Impian Denaihati


Salam bahagia semua, hari ni aku nak kongsikan satu peraduan yang sangat menarik yang dianjurkan oleh blog yang terkenal dengan contest-contestnya iaitu denaihati.com. sesuai sangat la dengan tagline blog tersebut hidupkan untuk memberi. jadi dikesempatan ni, aku pun nak juga turut serta dalam peraduan ni. rasanya nilah pertama kali aku join peraduan macam ni. sekadar mencuba. tak cuba tak tahu. manalah tahu nasib aku baik. apapun entri ni sekadar untuk mendaftarkan diri untuk menyertai peraduan ni. samada aku layak atau tak, itu semua terpulang kepada denaihati sendiri. harapan aku agar penyertaan aku diterima. semoga bertemu di lain entri. Assalamualaikum.....

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.comditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn Bhd,Kedai Kak Siti dan Serverfreak

Thursday, 3 November 2011

Blog Bersawang



Salam semua...rasa lama gila la aku tak update blog ni. last skali masa raya. bukan ape beb. aku tersangat laaaa sibuk dengan macam-macam kerja. lagi plak skang ni aku dah mula semester baru kat UTHM. so, paham-paham jela kalau budak program sarjana ni. banyak sangat projek nak kena siapkan. banyak program nak kena buat. tapi takpe. dah lumrah seorang pelajar. kena la hadap sume tu untuk mengejar segulung ijazah sarjana. ceewaahh...

so apa cer ni der tetiba nak update blog ni? ha.mai sini aku nak cerita sikit kat korang. takde apa-apa cerita pon sebenarnya. habis tu apa yang ko sebok nak update blog sedangkan ko takde cerita yang nak diceritakan? ahaa..ok fine.. ini jawapan aku.. tetiba aku rasa nak update. so aku update jela..hahaha..

dahlah cukup-cukup aku merapu petang-petang ni. bosan lorh. nak kuar petang-petang ni hujan plak. paham-paham jela skang ni dah musim hujan..so apa yang boleh buat melainkan terperap dalam rumah jelah..bye

Friday, 9 September 2011

Is All About Raya..




Tuesday, 30 August 2011

Update Lambat - Malam Raya

salam semua. salam aidilfitri. camne raya pertama hari ni? mesti meriah kan. lepas solat raya aku trus balik rumah atok aku. marhaban kejap pastu buat tahalil ringkas sikit. ok. kali ni aku nak update pasal malam raya. malam tadi. cakap banyak pon tak guna. gambar lebih menceritakan segalanya. hehe.





Monday, 29 August 2011

Esok Raya!!!!

salam semua. post ringkas hari nih. pagi nih. lepas sahur. trus tak tido. trus subuh. trus tak tido lagi. huh. aku dah kat kampung sebelah mak aku kat felda air tawar 1 kota tinggi. nampaknya sume adik beradik mak aku dah sampai kat kampung. ramai la sikit. meriah rumah atok aku ni. semalam berbuka ramai-ramai memang seronok.

lagi seronok malam semalam game Man Utd Vs Arsenal. result Man Utd (8) - Arsenal (2). haha. Arsenal main macam budak-budak. lagi bagus Man Utd lawan dengan Harimau Malaya Malaysia. hah. baru ada fight. baru syok.

ok. cukup cite pasal bola. so. pagi pose last day ni (maybe). besela. sume pon mesti sebok nak siapkan hidangan untuk pagi raya nanti. ketupat sume aku dah siap anyam dengan my lovely kazen Nurul Husna. setahun sekali anyam ketupat. besela. kadang-kadang tu lupe la step silang masuk anyamnye tu. berputar-putar sekali jadi ketupat lain daaa. tapi berkat dari tunjuk ajar kazen aku. aku dapat balik stepnye. so dalam masa 5 minit dapat la aku siapkan 2-3 ketul bergantung kepada saiz. hehe. slow ke laju?

satu lagi juadah raya yang paling aku tunggu esok adalah lepat pulut spesel atok aku. yaaa. sedaaaap. pulut ade kacang ckit. ade daging ckit. pergh. terliur beb. pastu dengan sambal goreng makcik aku. tu lagi tak bley tahan. memang aku makan ratah gitu je. sepinggan penuh dengan sambal goreng je. layann. tapi ape-ape pon. makan kene kawal gak la. ape gune jaga maka bulan pose. berta badan turun beb. hah. jangan jeles. 2 kg tu. xpela. aku bukan nak kurang banyak pon. setakat "mentenkan" berat je. hehe

so apa plan pagi raya nanti? apelagi beb. pegi beraya laaa. tengok la nanti. maybe gi umah atok-atok sedara. pastu kalau ade kawan-kawan aku dekat kota tinggi ni. boleh gak la aku gi rumah dorang. raya ketiga maybe balik Batu Pahat plak. kampung sebelah bapak aku. tak tahu la ade lagi ke tak makcik-makcik aku kat sana. tak pon. beraya jela rumah dorang. bukan jauh sangat pon. keliling-keliling je.

ooraiitt.. rasanya sampai sini je dulu. nanti sambung lagi. next entry. see yaa..next post potret raya ye. tunggu..

Friday, 26 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

salam semua. di kesempatan yang ade ni. aku nak ucapakan selamat hari raya aidilfitri kepada korang semua. semoga bergembira di hari raya nanti dan jaga keselamatan diri dan harta benda. tahun ni aku rasa nak buat kelainan. slalu aku buat kad raya. pastu aku tag kawan2 kat kad tu. tapi tahun ni ubah ckit. aku buat stop motion video.. hehe..lain kan..simple je..nak wat yang complicated kang lame plak korang nak hadap video tu.. apepun korang layan jela ...