Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Wednesday, 12 September 2012

Antara Dua - Bahagian 1

dilema, pilihan, semuanya ditangan kau. kau yang punyai hak.kau yang punya cara, maka kau seorang sahaja yang layak menentukannya. kau punyai wang berjuta. kau punyai harta berkoyan. kau punyai wajah yang rupawan. kau hanya punyai basikal tua. kau hanya punyai wang seringgit dua kupang. kau hanya punyai sehelai atau mungkin dua helai baju cap buaya.

namun. semuanya itu adalah pilihan kau. kau yang mahukannya sebegitu, sebegini dan sebagainya. terpulang pada kau. bak kata bidalan tepuk dada tanya selera. bukan kalau nak tanya selera kene tepuk perut ke? ok tukar. tepuk dada tanyalah iman. 

kau ingin berjaya. kau ingin maju. kau ingin kaya. kau ingin miskin. kau ingin senang. kau ingin susah. kau ingin hidup bahgia. kau ingin hidup ala kadar. kau dan kau dan kau, kau, kau.......... ah gampang. disebalik destrilisasi akal yang menular segenap neuron-neuron otakku, tersingkap sehelai tabir tinta yang puitis kata-katanya.......


to be continue.........

Tuesday, 11 September 2012

Hari terakhir

tahun 2011, mencatatkan satu lagi sejarah dalam hidup aku, ya, aku menyambung pelajaranku di peringkat sarjana. hamboi. dulu bukan main lagi kau malas belajar ye. tup tup sekarang kau dah sambung sarjana pulak atau dalam kata lainnya Master. ya, kini kau seorang master, master ji, master of puppet.

tapi aku lari dari bidang aku. kalau degree dulu aku buat engineering. tapi berbeza pula untuk master ni. setelah membuat rujukan dan telahan beberapa kali dan ketika, aku mengambil keputusan untuk membuat master dalam bidang pendidikan. amboi kau. nak jadi pensyarah ke? of course la kan, kalau dah dalam bidang master pendidikan sudah tentu la kau kena jadi pensyarah.

durasi masa 1 1/2 tahun untuk menghabiskan master tersebut pada aku tidak terlalu lama jika nak dibandingkan dengan masa yang aku habiskan untuk diploma dan ijazah aku iaitu 6 tahun. lama kan. tapi memang lama la beb. orang mula dari bawah. bukan melompat terus ke ijazah kan. aku pun bukan orang yang bijak pandai. cuma orang biasa saja. amboi. down to earth.

sepanjang 1 1/2 tahun aku belajar master di batu pahat, macam-macam benda yang aku belajar. ye lah. dah nama pun belajar kan. mestilah macam-macam kau belajar adi oi. tapi yang paling aku suka belajar master ni ialah aku mempunyai cuti hujung minggu yang bebas. so dapatlah aku buat part time aku dengan senang lenang tanpa ada gangguan. ok sila gelak jahat.

dan setelah 1 1/2 tahun berlalu. kini aku telah habis master aku. dengan bangganya aku mengishtiharkan bahawa aku adalah seorang master. kalau masterchef bagus jugak kan. hari jumaat ini 14 september 2012 akan melahirkan seorang lagi graduan master pendidikan teknik dan vokasional dari uthm. lepas habis ini tak tahulah aku bila nak dapat posting. bukan post entry ye. tapi posting itu penempatan kerja. mungkin untuk mengisi masa yang bakal banyak terluang. aku akan teruskan kerjaya aku sebagai part time photographer. banyak album yang tertangguh ni. job pun berturut menuggu. oppss..ini bukan menunjuk-nunjuk. ini namanya rezeki.

Wednesday, 25 July 2012

Just My Photo


Monday, 2 April 2012

Jadi Raja Ebay


Salam hormat,

Hari ini jika kita lihat ramai newbie disogok dengan niche produk yang "kurang bersesuaian" dengan pengalaman mereka.

Akhirnya ramai yang kecundang dipertengahan jalan angkara salah tanggapan menjana pendapatan di eBay begitu mudah dan mampu memberi pulangan yang lumayan.

Seseorang penjual itu mampu menghasilkan jualan dan pendapatan yang memberansangkan jika mereka sentiasa mempunyai idea-idea yang boleh dikembangkan.

Sebagai contoh, ada orang amat suka memasak. Memasak juga merupakan hobi buat seseorang. Apabila kita membuat carian dan research, kita akan mendapati begitu banyak katakunci dan carian di internet berkaitan dengan memasak.

Antara yang paling popular ialah buku resepi. Kita tahu, setiap negara memiliki chef mereka yang terhebat dan terkenal. Malah chef Malaysia juga dikenali di seluruh dunia.

Apabila kita menyebut mengenai hobi dan citarasa, mereka yang meminati aktiviti ini sudah pasti akan mencari bahan-bahan resepi baru di internet terutamanya di eBay.

Kita sebagai seorang penjual harus peka dan mengenalpasti apakah resepi-resepi lazat dan hebat yang boleh kita ketengahan di pasaran eBay.

Senaraikan di atas kertas dan mula menulis seberapa banyak maklumat mengenai buku resepi dan penulisnya, kemudian kenalpasti dimana sumber bahan ini boleh diperolehi. Jika anda telah menjumpainya, bolehlah berkira-kira untuk menjualnya di eBay.

Samalah seperti pengalaman Noorizam Shah, pemilik produk Video Lubuk Duit dimana beliau mempunyai pengalaman menjual majalah TIME berkaitan berita kematian Micheal Jackson di pasaran eBay US dan UK dan ianya sold out dalam masa beberapa hari.

http://tinyurl.com/hotebay

Di dalam DVD video lubuk duit ini, anda akan didedahkan bagaimana untuk membina idea dan menggunakan idea tersebut untuk mencipta produk bagi jualan di eBay.

Pendedahan ini bukan dari cedok dari mana-mana forum atau platform perbincangan kerana ramai yang sedia maklum, saudara Noorizam Shah memang mempunyai banyak pengalaman di dalam bisnes di eBay.

Maklumat lanjut mengenai bagaimana membina idea yang hebat, sila layari link ini:

http://tinyurl.com/hotebay

Jumpa lagi,

adi azli suhaimi

Friday, 23 March 2012

Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati


Assalamualaikum dan salam satu dunia, kini Denaihati mengorak satu lagi langkah baru dalam dalam industri blogging dengan memperkenalkan Akademi Denaihati. Di akademi ini kami menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja di internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan.
Untuk merealisasikan projek ini, pihak Denaihati.com memperkenalkan Seminar WordPress sebagai kursus awalan untuk mereka yang berminat menyertai Akademi Denaihati. Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:
SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
TEMPATHotel Singgahsana, Petaling Jaya
TARIKH14 – 15 April 2012
MASA9 Pagi – 6 Petang
YURANRM 250 (Mendaftar sebelum 5 April 2012)
RM 350 (Mendaftar 6 April – 12 April 2012)
Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:
  • Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu
  • Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien
  • Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media
  • Sebuah domain dan hosting selama setahun
  • Sebuah eBook “Blogging For Beginners”
  • Sebuah eBook perkongsian daripada Ariffshah bertajuk “SEO Untuk Semua”
  • Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati
  • Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan
  • Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd
  • Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.
Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang WordPress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke WordPress atau mereka yang sudah mempunyai blog WordPress dan ingin mendalami WordPress.
Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh daftar dan buat pembayaran ke akaun berikut:
CIMB – 12360003070058 (Ultimate Brilliant Services and Trading)
Setelah selesai buat pembayaran, sila emailkan kepada kami butiran berikut ke akademi@denaihati.com
  • Nama
  • No Telefon
  • Email
  • Bukti pembayaran
  • 3 Nama pilihan domain
Anda boleh hadir ke seminar ini dengan kereta (RM 4 sahaja/entry untuk parking) atau melalui LRT dan berhenti di Stesen Taman Jaya. Hotel Singgahsana terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Taman Jaya. Di bawah adalah map untuk ke Hotel Singgahsana:
Ini merupakan event pertama seumpama ini di adakan oleh pihak Akademi Denaihati. Akademi Denaihati ingin pergi lebih jauh lagi dengan menghasilkan lebih ramai graduan yang boleh membina kerjayanya melalui internet. Adakah anda ingin bersama Denaihati.com?

Sunday, 18 March 2012

Al Quran Digital Terbaru


ADAKAH ANDA ADA MASALAH NAK BELAJAR BACA QURAN SEPERTI DI BAWAH?






Dulu masa kecik-kecik pandai la, tapi bila dah bekerja ni, dah kahwin, sibuk saja dengan urusan duniawi sampaikan baca quran dah tak pandai! Lidah dah jadi keras!


Nak belajar Quran, rasa malu! Almaklumlah umur dah lanjut. Nanti orang dapat tahu anda baru nak belajar macam budak tadika, heboh sekampung, setaman mahupun se-ofis!


Anda hantar anak anda belajar Quran, tapi anda sendiri tak pandai baca Quran. Selalu rasa "cuak" takut-takut anak anda menyuruh anda membaca Quran! Jangan anak pula mengajar ibu bapa! Tak boleh nak sorok muka!


Anda memang sudah INSAF! Anda tahu betapa pentingnya untuk membaca Quran! Agar bahagia di dunia, dan juga bahagia di akhirat. Anda memang ingin pandai membaca Quran.






Cari di internet, baca panduan-panduan mengaji secara online. Dah banyak kali study, tapi tak faham-faham, tak pandai-pandai!


Anda ingin belajar mengaji di Masjid, tapi masalah kekangan masa selalu menghalang anda? Al-maklumlah, sibuk cari rezeki di siang hari. Malam mahu berehat pula!


Nak belajar dari TV? Tapi tiada mentor! Mentor yang boleh perbetulkan bacaan anda yang sememangnya terdapat banyak kesalahan.




Wednesday, 15 February 2012

Just My Photo