Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Sunday, 10 February 2013

Dunia Seperti Mengetahui

Sejak beberapa hari ni cuaca di tempat tinggal aku memang hujan je. Tempat lain aku tak tau. Kalau tengok berita tau la jugak.

Cuaca mendung dan hujan, kadang kala cerah sekejap-sekejap. Dah macam ramalan cuaca pulak. Seperti juga cuaca diluar, cuaca dalam diri ni pun camtu la jugak. Terasa macam ribut kadang kala petir kadangkala hujan lebat beserta ribut petir dan angin kencang. Kannn. Dah memang ayat ramalan cuaca seyh.

Mungkin lama nak reda keadaan macam ni. Tapi akan reda tapi takkan tau bila masa dan ketikanya. Aku rilek jela. Menulis entri yang camni gayanya kadang buat aku terasa macam seorang yang puitis. Ada gaya ke?

Tapi kadang macam terapi diri, tempat luahan perasaan yang mungkin takkan ada orang boleh paham dan selami rasa ini. Hahaha. Aku sorang rasa cukup lah. Kalau ada rasa yang sama macam aku, kita enjoyce ye geng.

Rasa macam nak main hujan macam zaman kanak-kanak riang ria dulu. Tanpa ada rasa takut, tanpa ada fikir tentang masalah kesihatan, tanpa fikir implikasi main hujan kalau mak aku tau. Boleh je kalau nak keluar main hujan sekarang. Tapi confirm ada suara yang tegur "ko dah buang tebiat main hujan? nak kena petir?"

Zass. Jom masuk rumah.

Thursday, 7 February 2013

Mesin Masa

Kembali ke era tahun 90an, aku sendiri dah lupa sebenarnya tahun berapa. Kampung Cenderawasih ( Sekarang dah jadi bandar Cenderawasih), Lahad Datu, Sabah.

Satu petang yang kebiasaannya budak-budak sebaya aku akan keluar bermain di halaman rumah dan kawasan kejiranan, tetapi aku hanya duduk di beranda rumah sahaja melihat budak-budak yang lain bermain. Lepas tu aku pun join sekali la beb. Mana boleh tahan tengok orang main aku plak duduk saje je kat rumah kan. Dah nama pun budak-budak, mestilah aktif even masa tido pun tetap aktif.

Petang tu acara bermain lebih tertumpu kepada aspek fizikal, dimana penekanan kepada minda dan kecerdasan menaakul adalah tidak digalakkan untuk di aplikasikan.

Dari acara lumba lari berganti-ganti 50m kot, sehinggalah beralih kepada acara lumba basikal. Acara lumba lari tidak menghampakan buat aku yang sudah terkenal dengan kelajuanku yang boleh di katakan untuk pecah rekod 100m pada waktu adalah tidak mustahil. Tapi umur aku belum mengizinkan aku untuk berbuat demikian.

Setelah acara tadi selesai, acara lumba basikal pula mengambil tempat. Masing-masing mengeluarkan tunggangan masing-masing. Pada masa tu basikal yang paling in adalah BMX. jenis apa aku tak ingat. Dan seperti biasa, aku tidak mahu ketinggalan. Demi mengekalkan dan menjaga reputasi aku. Aku sorong basikal aku dengan gaya ego lagi megah tanpa rasa prejudis dan rasis.

Mata budak-budak tiba-tiba terpaku. Mungkin melihat basikal aku yang pertama kali jejak ke tanah hari tu demi sebuah persaingan. Aku rilek. Selamba. Tiba saat mengayuh. Aku tertinggal jauh.

Ciss. Aku lupa cabut roda kecik kiri kanan aku laaaaaaaa. Sumpah lepas hari tu aku cabut buang roda kecik kiri kanan tu. Adoih.


Monday, 14 January 2013

Entri sikit tapi visitor mencanak?

salam semua,

post kali ini pendek je.
sebab aku cuma nak testing perisian yang menigkatkan trafik ke blog ni.
kalau ada yang berminat nak tahu apa perisian yang aku guna bolehlah komen kat post ni yek.

ok, itu saja untuk kali ini.


Wednesday, 9 January 2013

Wordless Wednesday


Friday, 4 January 2013

3.142 Contest!!!

Di suatu petang di Bandar Batu Pahat Johor. Kelihatan ramai pengunjung yang mengunjungi pasaraya di situ. Ada yang berseorangan, ada yang bersama keluarga, ada yang bersama rakan-rakan, dan ada yang bersama tunang. Wah. Tak lame lagi mesti nak bernikah. Tahniah diucapkan. Bila agaknye ye majlisnye tu. Bulan Februari barangkali.

Dari raut wajah dan tutur kata yang mereka ucapkan seperti sedang membincangkan sesuatu. Persiapan untuk majlis agaknya.

Lelaki: U, bulan depan ni majlis kite nak amek videographer tak?

Wanita: Eh u ni, mesti la i nak. Sekali seumur hidup tau jadi raja sehari. Tapi u tu tak tau la kan. Entah-entah ade pasang niat nak tambah lagi. U jangan nak mengada ye.

Lelaki: Ehehehe. Jangan la cakap macam tu U. I sayang U sorang je. Ok. Kalau nak amek videographer, videographer mane yang U nak guna?

Wanita: U pernah dengar CST Production tak?

Lelaki: Wahai tunang ku yang tersayang, mesti la I tak pernah. Hahaha.

Wanita: Ape la U ni. CST Production tu yang buat video Scha dengan Awal yang macam video klip lagu tu. Yang U dok sakan berjoget dengar lagu tu.

Lelaki: Oooo. Itu dorang ke yang buat? Mantop.

Wanita: Haa. Ingat pun. Tahun ni dorang ade buat promosi video plus photo tau. Yang menariknye untuk photo dorang dah perkenalkan satu produk baru. Cube tengok ni. (sambil hulur pamplet)


Lelaki: Wah Ini sudah bagus. 2 dalam 1. Part video I dah paham sangat, tapi yang I tak paham sekarang ni yang ni ha. Projek tupai. Ape ni? Cube U explen kat I. 

Wanita: Haa. Dengar elok-elok I nak cerita kat U ni. I malas nak ulang-ulang banyak kali. Mula-mula skali U ade FB kan? U ada Twitter kan? U ada Instagram kan?

Lelaki: Opkos la ada. Penting tu untuk bersosial. Hahaha.

Wanita: Bagus. I pun ada semuanya. Konsepnye senang je U. Macam ni. Team tupai ni akan ada 3 orang. Seorang photographer, seorang handle Iphone dan seorang handle Ipad. So, mereka ini akan membuat liputan secara langsung majlis kita nanti dari awal sampai habis majlis. Photographer akan snap gambar-gambar guna DSLR. Lepas tu, secara automatik gambar tadi akan di pindahkan kepada Iphone dan Ipad. Lepas tu lagi, mereka yang handle iphone dan ipad tu tadi akan update gambar-gambar kite dan majlis kite ke dalam akaun Instagram U atau I dengan dah siap edit tau. Pastu dorang akan share. Kawan-kawan U dengan I yang tak dapat datang majlis kite nanti akan dapat semua update tentang apa yang berlaku dalam majlis kite nanti melalui instagram, fb dan twitter dan untuk pengetahuan U, servis dorang ni adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia ni. Means that dorang pioneer!

Lelaki: Huiyooo. Best tu. Siap #liveupdate dan #instantsharing. Hebat-hebat. Ada lagi?

Wanita: Ada lagi U. Biasanya kalau kita nak tengok gambar-gambar majlis kite kena la tunggu dekat sebulan kan. Tapi dengan Projek Tupai ni, kite boleh tengok gambar-gambar tu semua esoknye. Sebab dengan teknologi moden sekarang ni dorang dah uplod semua gambar-gambar dalam server dorang. So boleh la kite tengok esoknye. Pastu untuk album dorang gunakan vendor yang dah terbukti kualitinye iaitu www.photobook.com.my.

Lelaki: Fuhh. Dasyat la dorang ni. Tapi I pakai android je ni. Boleh ke nak sharing tu?

Wanita: Harap maaf ye U. Buat masa ni dorang dapat buat guna Iphone or Ipad je. Tapi takpe, I kan guna Iphone plus dengan Ipad yang u bagi untuk hantaran hari tu tu. So boleh la U guna.

Lelaki: Haah la. Betol jugak kan. Lupa pulak I. Tapi I rasa dorang boleh improve lagi kalau dorang dengar cadangan I ni.

Wanita: Macam bagus je U ni. Hah. ape dia cadangan U tu?

Lelaki: Cadangan I yang pertama ialah, gunakan application yang support untuk Android. Sebab market yang besar sekarang ialah Android. Lagipun tak ramai lagi yang guna IOS. Sure pasni dorang lagi meletop. Cadangan I yang kedua ialah, ape kate kalau dorang minimumkan penggunaan staff di lokasi majlis, maksud I, akan ada orang di HQ yang akan menguruskan segala proses muat naik atau editing. Jimat kos kat situ. Lagi satu boleh buat backup sistem jika sekiranya terjadi perkara yang menghalang mereka dari mendapat akses kepada internet.

Wanita: Waaahhh. Tak sangka I dapat tunang yang bergeliga otaknye. Hehee.

Lelaki: See the leg la. Haahaaa. Ni I nak bagi TAG LINE untuk dorang " INSTANT MOMENT SHARING". Sesuai sangat la dengan konsep dorang tu.

Wanita: Bagus-bagus. Cukup-cukup la tu. Jom kite tengok video ni pulak. 

Lelaki: Jom-jom. Pasni kite gi makan plak. I dah lapar dengar U explen tadi. 





Wanita: U, Kalau U rasa nak lebih info tentang dorang ni U boleh la gi kat link-link ni ye. 

Instagram Project 2Pi ---> www.instagram.com/project2pi    
Facebook Project 2Pi ---> www.facebook.com/project2pi   

Lelaki: Beres boss. Siap booking trus pasni.

Wanita: I sayang U lebih laaaa. *wink wink*


Begitulah dia ceritanya. Semoga yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan selamat. 

GO CST PRODUCTION !!! GO PROJECT 2 PI !!!

Wednesday, 10 October 2012

Wordless Wednesday


Friday, 5 October 2012

REPOST: Masih Adakah Cinta Sebelum Berumahtangga



Debat dan polimik ini sudah terlalu lama. Orang sekarang tidak lagi membicarakan cinta selepas berrumahtangga. Yang digilai ialah cinta sebelum berumahrangga. Ada  baiknya kita menelusuri semula polimik ini. Bukan untuk dipolimikkan tetapi untuk difikirkan semula. Penilaian semula. Di’overhaul’ semula. Kita hidup bersandarkan agama. Apa-apapun yang kita fikirkan sandarannya hendaklah agama. Itu cara hidup kita. Itu fitrah orang beragama. Itu perancangan yang Allah menciptakan manusia. Kita melaksanakan perintah Allah. Kemudiannya kita dikembalikan kepadaNya. Maka hidup kita yang melalui fasa-fasanya tidak terlepas dari berkahwin. Hanya ada beberapa orang sahaja yang Allah tentukan tidak berkahwin. Yang lainnya akan merasa detik-detik itu. Berkahwin apabila sampai masanya. Sampai jodohnya. Dicari ada jodohnya. Tidak dicari sekalipun jika ada jodoh berkahwin juga jadinya.

Jika kita melihat sekeliling kita, yang kita lihat ialah anak-anak muda yang hidupnya bercinta. Makan dan minumnya cinta. Tidur dan jaganya cinta. Jalan dan duduknya cinta. Seluruh hidupnya dalam lingkaran cinta. Tiada masalah. Tiada larangan bercinta. Tetapi persoalannya ialah adakah perlaksanaan cinta itu kerana Allah? Dalam batas-batas dan garisan yang ditentukan Allah dan RasulNya? Masyarakat barat (khususnya Yahudi) berjaya merosakkan anak muda Islam. Yang disogok kepada orang Islam ialah budaya yang mereka sendiri tidak melakukannya. Kita tersangat percaya dengan paparan TV, video, filem, you-tube, internet dan semua gambar mengenai mereka. Kita terpedaya dengan apa yang kita lihat. Satu dari aspek paparan itu yang menjadi ikutan anak muda Islam ialah budaya couple Islam menggalakkan perkahwinan dan bukan bercouple. Perkahwinan itu sunnah. Coupling itu pemusnah. Orang barat yang saya saksikan sendiri tidaklah galak bercouple secara terbuka. Dalam TV dilihat terbuka. Dalam filem paparannya terbuka. Orang Islam terpedaya kerananya. Penerbit filem dan drama tempatan terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat. Realiti agama tidak diberi perhatian.

Orang kita dari yang tua hingga yang muda percaya dengan paparan media. Drama dan filem kita diadaptasi dari situasi ciptaan barat. Kebetulan orang media tidak ambil pusing dengan ad-din yang wajib menjadi amalan. Islam menggalakkan perkahwinan. Semestinya perkahwinan didahului dengan merisik dan meminang. Meminang tanpa merisik ada hukumnya. Jika yang dirisik sudah bertunang, risikan itu sekadar mencari maklumat. Tetapi meminang perempuan yang sudah bertunang tentulah berdosa. Sudah ditambat orang. Sudah ada yang punya. Ada cincin tanda di jari manis. Lekat kejap di jari. Meminang orang yang sudah berpunya tentulah menjadikan situasi berkocak. Jawabnya tentulah ditolak. Pastinya seluruh ahli rombongan terkesima. Malu yang amat sangat. Meminang orang yang sudah menjadi tunangan orang.

Bertunang digalakkan. Ada ganjaran pahala kerana sudah ada niat untuk bernikah kahwin.  Niat yang baik diberi perhatian besar. Ada harapan menggunung. Akan bersatu nanti Uda dan Dara. Romeo dan Juliet. Laila dan Majnunnya. Coupling pula tentulah berdosa. Tiada ikatan apa-apa. Tiada kata untuk dipegang talinya. Kebersamaan yang sentiasa menempa dosa. Yang selalu dikipas oleh syaitan. Diusap menggoda. Ingat ayat ‘Jangan kamu hampiri zina’. Budaya coupleberada dalam kategori tersebut. Jika mengetahui Islam itu yang terbaik perbuatan itu hendaklah dijauhi. Jika tahu larangan Allah, budaya itu  biarlah disisih. Carilah pahala. Jauhi dosa.mungkin kita tidak sedar bahawa dalam sibuk orang bercouple di sana sini masih ada anak-anak yang tiada cinta. Tidak tergesa-gesa mencari. Tidak terdesak untuk mencarinya. Melihat orang lain sahaja. Sendiri tiada upayanya.

Ramai orang menggesa anak-anaknya hanya untuk belajar dan belajar. Akademik dan ilmu. Kejayaan untuk berkerja dan berkerjaya. Keluar dari menara gading banyak jalan bercapah yang tidak tahu mana yang harus dipilih. Mana satu yang harus diambil perhatian. Mana satu yang harus menjadi keutamaan. Usia meningkat. Orang tua mula bergoyang hatinmya. Fitrah yang lambat sampainya. Tidak ada yang datang meminang yang perempuan. Tidak juga pergi meminang bagi yang lelaki. Yang lelaki menunggu. Yang perempuan juga menunggu. Cinta tidak dicari. Bukan satu keperluan yang mendesak. Berserah, jika ada jodoh. Ibu bapa berpusing fikir risaukan anak. Apa pilihannya. Jika jodoh itu datang, tiada apa yang menghalang. Datangnya tiba-tiba. Sampainya tanpa menyapa. Ada di hadapan mata. Orang tua berkira-kira. Anak jenis ini menerima pilihan ibu bapa. Menerima seadanya. Baik kata ibu, baik kata anak. Baik kata bapa, baik kata anak.  Kebijaksanaan orang tua dihormati. Mudah-mudahan di sana ada sinar bahagia. Ada barakah yang ke akhirat sudah sampainya.

Anak-anak yang menerima pilihan ibu bapa perlu juga diberi haknya. Ditinjau sukanya. Dipinta setujunya. Perlukan pertemuan antara kedua keluarga. Anak-anak ditemukan. Ditanya pendapatnya. Diselidik reaksinya.  Itulah tugas orang tua. Dulu-dulu anak-anak mengikut sahaja. Tidak tahu siapa bakal suaminya. Hanya cerita yang bercebis-cebis sahaja. Gambar tidak ada. Telefon bimbit belum ada. I-pad belum ada. Internet lagilah belum ada. Yang lelaki mungkin berjaya jug amengintai lihat. Dari jauh supaya tidak ketara. Yang perempuan tiada langsung tahu. Malah keluarga perempuan juga tiada tahu. Kedua keluarga sahaja percaya mempercayai. Itulah anak perempuan yang kadang-kadang kosong hatinya. Begitu juga suaminya yang duluny akosong hatinya. Tiada berkasih. Tiada bercinta. Yang tua berkira-kira. Jika ada jodoh. Bicara dibuka. Ada pula perantara yang mengatur kira-kira. Pertemuan dan perkenalan berlaku. Ada keserasian dirassa.

Anak-anak yang mengikut dipertemukan. Dipersemukakan. Ditinjau hatinya. Ditanya pendapatnya. Tanda-tanda setuju diungkapkan. Kadang-kadang sekadar anggukan biasa yang sangat sedikit. Pada waktu yang lain persetujuan hanya senyuman ringan. Keadaannya santai. Tiada ketegangan. Tiada bantahan jelas. Tiada tanda bahasa tubuh yang menolak. Sanak saudara yang hadir titanya juga reaksinya. Lazimnya semua mengikut apa kata yang punya badan. Keduanya yang akan bernikah. Yang akan mendirikan rumahtangga. Yang akan hidup bersama. Yang akan bersama senang dan susahnya. Hati mereka. Perasaan mereka. Sanubari mereka. Psikologi mereka. Yang di dalam hati lebih penting sdari tarikan fizikal yang selalunya sementara. Yang di dalam hati abadi selama-lamanya. Jodoh pertemuan ketentuan Allah. Redha dan meredhai tentulah menjadi keutamaan.

Cinta datang dan pergi. Cinta sebelum atau sesudah kahwin hanya relatif masa. Relatif situasi. Tanya hati. Di mana cinta itu? Cinta lelaki pada wanita. Cinta wanita pada lelaki. Apabila pertemuan membuka ruang cinta, terbuka juga keinsafan bahawa jodoh datang bersamanya. Terjadilah pernikahan yang dirancang singkat. Tiada majlis pertunangan. Kata diikat. Janji disemadi. Sampailah saat mengikat abadi. Perjodohan yang didoakan kekal abadi. Hari-hari terakhirnya anak itu bersendirian. Pulang ke rumah seorang diri. Ke rumahnya bersam orang tua. Hari-hari terakhirnya ia di bawah lindungan keluarga. Tiba saatnya ia disatukan. Tiba saatnya ia melangkah pergi. Langkah longlai seorang anak meninggalkan rumah diamnya. Keluarga tempat sayangnya. Ruang kasih yang dibina. Hari  itu berakhir juga. Tinggallah abah. Tinggallah mami. Saya bersama suami. Ibu bapa tergenang air mata. Merembas juga di mana ada. Pergi juga anak ini. Perdua dua kerana dia sudah dipunyai. Dimiliki lelaki suaminya.

Pilu sayu yang ada. Sebelum kahwinmu ada kerisauan bila masanya. Sesudah berkahwin pergimu merawan hati juga. Apatah lagi cinta kau belum ada sebelumnya. Datang cinta secara tiba-tiba. Abah hanya mahukan yan terbaik. Cinta itu pasti datang jug aakhirnya. Pergilah anak. Binalah istana idaman. Bahagiakanlah hatimu dan hati suamimu. Serahlah pada Allah semoga kau selalu dalam lindunganNya.

petikan dari mdyusofjamar