Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Friday, 29 July 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak


Salam semuanya. nape? tajuk entri dengan gamba entri tak kena? lari topik? haha. saje je aku buat macam tu. mood kalah semalam tak hilang lagi. tapi nak jugak buat entri. tapi bukan nak cite pasal semalam punya game. kalau nak cite semalam punya game. gi la tengok entri ini.


orait. ini baru betul. seperti yang kita tau. kalau yang amek tau tu tau la ye. kalau yang tak amek tau tu memang tak tau la ape nak jadi. ish. ok. pada semua lah ye aku tujukan ni. tinggal 2 hari lagi seluruh umat Islam di dunia ni akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadhan atau lebih di kenali dikalangan orang melayu bulan pose. ok.pose jangan tak pose. peringatan yang sering kali di ucap kepada semua. tak kira la besa kecik. semua turut merayakan. eh. pehal lak ni. dah macam lagu raya weii.. pose dulu. baru raya. gitulah gamaknye.

orait. bersempena bulan ramadhan yang akan tiba ni. sering kali kita terdengar antara perkara-perkara yang boleh membatalkan pose. tapi ada juga yang masih keliru dan kurang faham. minum makan tu dah tentu batal pose wei. takde alasan untuk ponteng pose bagi yang betul-betul uzur ye. darurat tu namanye. so kene buka. jadi untuk merungkai segala kekusutan dan kekeliruan itu. aku nak kongsikan di sini beberapa perkara yang boleh kita fikirkan bersama. yeah..


▣ Anda boleh mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sungguh hairan apakah kaitannya mengorek hidung atau telinga dengan berpuasa.Tidak pastilah kalau ada di kalangan kita yang mengorek hidung atau telinga lalu terasa kenyang.

▣ Sesungguhnya tiada dalil yang mengatakan batalnya puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Sekiranya tiada <dalil maka=”” tiadalah=”” hukum=”” makruh=”” atau=”” lain-lain=”” terhadapnya.=””>

▣ Anda tidak perlu risau untuk berendam di dalam kolam sepanjang waktu di siang hari ketika Ramadan kerana ia tidak makruh dan tidak membatalkan puasa. Lihatlah riwayat hadis yang sahih ini. Seorang sahabat berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW mencurahkanair ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan”. (Riwayat Abu Daud: 2365, disahihkan oleh Sheikh NasiruddinAl-Bani di dalam Sahih Sunan Abu Daud)

▣ Anda boleh makan walaupun waktu Imsak telah masuk iaitu lebih kurang 10 minit sebelum waktu subuh. Anda hanya perlu berhenti makan apabila diyakini telah masuk waktu subuh. Rasulullah bersabda: “Fajar ada dua jenis, fajaryang apabila ia tiba, haram untuk makan dan dibolehkan melakukan solat (fardu subuh) dan fajar yang apabila ia tiba, kamu tidak dibolehkan melakukan solat (solat subuh) dan dibolehkan makan.” (riwayat Al-Hakimdan Ibn Khuzaimah). Allah berfirman di dalam SurahAl-Baqarah ayat ke-187 yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu sehingga benang putih (waktu fajar) berpisah daripada benang hitam (malam). Di dalam hadis sahih, Rasulullah bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Umm Maktum mengumandangkan azan.” Ia sangat baik dan dituntut di dalam agama kita untuk makan di waktu akhir-akhir bersahur berdasarkan hadis yang berikut iaitu, RasulullahSAW bersabda “Umat aku akan sentiasa kekal dalam keadaan bersederhana dan sempurna selagi mana dia mempercepatkan berbuka dan memperlambatkan sahur.” Sekiranya anda telah meyakini bahawa telah masuk waktu subuh dan ada lagi makanan atau minuman yang tinggal di dalam mulut anda. Anda boleh menelan dan menghabiskannya tanpa perlu dikeluarkannya dari mulut anda.

▣ Anda tidak perlu melafazkan niat seperti Nawaitu Sauma Ghadin… kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah mengajarkannya. Niat itu tempatnya di hati. Apabila anda bangun sahur, ia membuktikan anda sudah berniat untuk berpuasa. Jika tidak, buat apa anda hendak bangun bersahur.

▣ Tidak makruh untuk anda menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadan sama ada dengan kayu siwakatau dengan berus gigi.

▣ Anda harus makan dahulu makanan dan minuman sekiranya makanan telah dihidangkan sebelum pergi solat Maghrib. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengannya sebelum kamu menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh- gapah ketika makan malam kamu.” (Muttafaq’Alaih, lihat Sahih al-Bukhari: 31).

▣ Anda boleh pergi ke klinik pergigian untuk mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi dan sebagainya.

▣ Anda juga dibenarkan mandi dan berenang. Sekiranya anda telah menelan air secara tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa. Menurut kebanyakan ulama, berenang dibenarkan ketika berpuasa manakala menyelam tidak dibenarkan kerana ia akan menyebabkan air masuk ke dalam mulut dan hidung lalu sampai ke perut.

▣ Anda boleh menggunakan wangi-wangian, memakai kanta sentuh atau menggunakan ubat titik ke dalam mata.

▣ Anda dibenarkan untuk mengambil suntikan yang bermotifkan untuk rawatandan perubatan. Bukannya suntikan yang mengambil peranan makanan dan minuman iaitu suntikan untuk memberikan tenaga dan kekuatan kepada anda. Anda boleh pergi untuk memeriksa dan menderma darah.

▣ Anda boleh makan dan minum dengan tidak sengaja. Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud: Umat Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atau diampunkan sekiranya melakukan perkara dalam keadaan tersilap, dalam kedaan terlupa dan dalam keadaan terpaksa. (Muttafaq ‘Alaih) Sekiranya anda tertidur di siang hari dan bermimpi yang menyebabkan keluar air mani, ia tidak membatalkan puasa.

▣ Sekiranya anda melakukan hubungan kelamin dan tidak mandi junub sebelum fajar menyinsing, puasa anda masih sah dan tidak batal dan anda dibenarkan untuk mandi junub selepas waktu fajar. Sekiranya haid anda tamat pada malam hari, anda boleh berpuasa keesokan harinya walaupun anda mandi junub selepas waktu fajar. Dalam kedua-dua kes yang di atas, kewajipan mandi junub tetap kekal kepada mereka tetapi berpuasa tidak akan batal dan terkesan dengan ketidaksempatan untuk mandi junub sebelum waktu fajar.

▣ Anda boleh berciuman dengan suami atau isteri anda ketika berpuasa, tetapi anda perlu mengelakkannya supaya tidak membawa kepada benda yang diharamkan di dalam bulan Ramadan iaitu hubungan kelamin.
Maklumat di atas disebut oleh para ulama seperti Syeikh YusufAl-Qaradawi dalam Fiqh as-Siyam, Ibn Hazm, Syeikh Abdul Aziz bin Baz,Syeikh Ibn Uthaymin dan lain-lain.

Di copy penuh tertib daripada:
MUHAMAD ADIB MOHAMED SAAT
dari Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

orait. itu saja dari aku. sehingga bertemu di lain post. Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa.

No comments: