Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Saturday 19 November 2011

Gadget impian Aku


Salam semua. entry aku kali ni simple je. nampak itu gambar di atas? itulah gadget impian aku. kenapa aku nak sangat iPad 2 tu? mesti korang nak tau apa yang best sangat dengan iPad 2 tu. ada apa dengan iPad 2 tu. tapi dalam entry ni aku taknak cite pasal spefikasi iPad 2 tu. tapi aku nak share pasal betapa perlunya aku mempunyai iPad 2. orait. sebab-sebabnya adalah:
  1. sebab aku nak isi dengan gambar-gambar atau lebih senang cakap sebagai portfolio bergerak aku. sebab senang kalau aku nk pergi jumpa dengan bakal customer aku. aku kan fotografer. hiks.
  2. boleh jadi organizer aku. simpan segala tarikh-tarikh penting terutamanya yang berkaitan dengan customer aku. sebab aku ni pelupa. haha. =)
  3. aku nak main game angry bird dengan seronoknya. asik main dalam pc je. takde feel orang cakap. gune mouse. nak jugak gune jari telunjuk. weeee.
  4. sebab aku nak iPad 2 yang kaler putih. bagi matching dengan BB n MacBook aku yang dah sediakala putih. oppss. patutnya semua la gune Apple kan? tapi nak buat camne. aku lebih suka BB dari iPhone. eh. salah topik plak.
  5. aku nak rasa ambil gambar or video guna iPad 2. sebab aku tengok orang-orang yang penah gune iPad 2. macam best je. nak guna buat shoot gambar orang kawen boleh tak? hehe
  6. mungkin ini sebab yang last kenapa iPad 2 menjadi gadget impian aku. sebab aku dah lama menyimpan perasaan untuk memiliknya. korang bayangkan la. kalau gi mane-mane shopping kompleks. 1st mesti aku nak cari Machines Outlets. mesti nak try main iPad 2 kejap pun jadilah. hehe
orait. aku rasa cukuplah untuk stakat tu. dan kenapa aku tulis entry ni pepagi baru bangun tido ialah kerana aku adalah salah seorang peserta untuk cabaran contest gadget impian anjuran denaihati.com. ni lah first time aku masuk contest camni. harap-harap la boleh menang. nak tolong aku menang? senang je. "LIKE" entry ni banyak-banyak. mintak tolong kawan-kawan korang "LIKE" dan comment kat entry ni. nak tweet pun boleh tolong aku gak tweet je. or Google+ pun ade. pendek kata macam-macam ada!! all teh best ya..

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak SitiRakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak


Wednesday 9 November 2011

Contest Gadget Impian Denaihati


Salam bahagia semua, hari ni aku nak kongsikan satu peraduan yang sangat menarik yang dianjurkan oleh blog yang terkenal dengan contest-contestnya iaitu denaihati.com. sesuai sangat la dengan tagline blog tersebut hidupkan untuk memberi. jadi dikesempatan ni, aku pun nak juga turut serta dalam peraduan ni. rasanya nilah pertama kali aku join peraduan macam ni. sekadar mencuba. tak cuba tak tahu. manalah tahu nasib aku baik. apapun entri ni sekadar untuk mendaftarkan diri untuk menyertai peraduan ni. samada aku layak atau tak, itu semua terpulang kepada denaihati sendiri. harapan aku agar penyertaan aku diterima. semoga bertemu di lain entri. Assalamualaikum.....

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.comditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn Bhd,Kedai Kak Siti dan Serverfreak

Thursday 3 November 2011

Blog Bersawang



Salam semua...rasa lama gila la aku tak update blog ni. last skali masa raya. bukan ape beb. aku tersangat laaaa sibuk dengan macam-macam kerja. lagi plak skang ni aku dah mula semester baru kat UTHM. so, paham-paham jela kalau budak program sarjana ni. banyak sangat projek nak kena siapkan. banyak program nak kena buat. tapi takpe. dah lumrah seorang pelajar. kena la hadap sume tu untuk mengejar segulung ijazah sarjana. ceewaahh...

so apa cer ni der tetiba nak update blog ni? ha.mai sini aku nak cerita sikit kat korang. takde apa-apa cerita pon sebenarnya. habis tu apa yang ko sebok nak update blog sedangkan ko takde cerita yang nak diceritakan? ahaa..ok fine.. ini jawapan aku.. tetiba aku rasa nak update. so aku update jela..hahaha..

dahlah cukup-cukup aku merapu petang-petang ni. bosan lorh. nak kuar petang-petang ni hujan plak. paham-paham jela skang ni dah musim hujan..so apa yang boleh buat melainkan terperap dalam rumah jelah..bye