Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Friday, 12 August 2011

Ramadhan Hari ke-12

salam semua. alhamdulillah kita dah di hari ke 12 ramadhan. senang nak tau brape hari dah kite puasa. sebab tahun ni. bulan ramadhan same tarikhnye dengan bulan ogos. 1 ogos bersamaan 1 ramadhan. cume ramadhan habis awal sikit la nanti. dah masuk hari ke 12 ni nak tau gak la puasa korang camne. aku bese-bese je. puasa duk kat rumah keluarga. rilek jela. kadang tolong masak. kadang tak. haha. makanan tetap sedap. masakan sendiri la katekan.

teringat plak masa zaman-zaman blaja dulu. blaja dah la jauh. kat shah alam nun. 6 tahun beb puasa kat tempat orang. tapi apa yang aku boleh cakap. best. seronok. yela. mana taknye. puasa dengan kengkawan. lain macam la seronoknye. ye tak. kadang sahur. kadang tak. kadang sahur awal. kadang sahur last minit. (dah azan subuh megi still kat dalam mulut). gi jalan-jalan bazar. bazar dah habis tawaf. tapi makanan satu pon tak sangkut. dah banyak sangat. jadi. cuci mata ambil bau jela. last skali beli roti john dgn soya jela. sedap. lagi-lagi kat Bazar Ramadan Stadium Shah Alam. terbaek beb.

dah cukup la kot cite ni. kalau cakap pasal puasa mesti ade sangkut paut dengan bazar. juadah buke. dan last skali raya. haha. baju raya mesti dah siap sume kan. siap beli skang ni. takde masa dah nak tempah-tempah. lagipun yang terjual pun skang dah banyak yang cantik-cantik dan murah-murah. so jangan lepaskan peluang yang datang setahun skali ni. ahaha. berbelanja lah dengan bijok.

satu lagi aku tak dapat-dapat lagi bulan puasa tahun ni. mercun. ahaha. tak tau la nak cari stok mercun. yang jual mercun asik kene tangkap je. susah jugak nak cari buat perang malam raya nanti. pergh. memang layan beb perang mercun malam raya kat kampung aku. adoi. takpelah. nanti ade la kot kazen-kazen aku bawak balik stok perang. harapnye adelah. kalau tak kite belasah jela buat meriam katak. hoi...


No comments: