Kita Hidup Sementara Jadi Apa Salahnya Berkawan-Kawan

Pages

Monday, 29 August 2011

Esok Raya!!!!

salam semua. post ringkas hari nih. pagi nih. lepas sahur. trus tak tido. trus subuh. trus tak tido lagi. huh. aku dah kat kampung sebelah mak aku kat felda air tawar 1 kota tinggi. nampaknya sume adik beradik mak aku dah sampai kat kampung. ramai la sikit. meriah rumah atok aku ni. semalam berbuka ramai-ramai memang seronok.

lagi seronok malam semalam game Man Utd Vs Arsenal. result Man Utd (8) - Arsenal (2). haha. Arsenal main macam budak-budak. lagi bagus Man Utd lawan dengan Harimau Malaya Malaysia. hah. baru ada fight. baru syok.

ok. cukup cite pasal bola. so. pagi pose last day ni (maybe). besela. sume pon mesti sebok nak siapkan hidangan untuk pagi raya nanti. ketupat sume aku dah siap anyam dengan my lovely kazen Nurul Husna. setahun sekali anyam ketupat. besela. kadang-kadang tu lupe la step silang masuk anyamnye tu. berputar-putar sekali jadi ketupat lain daaa. tapi berkat dari tunjuk ajar kazen aku. aku dapat balik stepnye. so dalam masa 5 minit dapat la aku siapkan 2-3 ketul bergantung kepada saiz. hehe. slow ke laju?

satu lagi juadah raya yang paling aku tunggu esok adalah lepat pulut spesel atok aku. yaaa. sedaaaap. pulut ade kacang ckit. ade daging ckit. pergh. terliur beb. pastu dengan sambal goreng makcik aku. tu lagi tak bley tahan. memang aku makan ratah gitu je. sepinggan penuh dengan sambal goreng je. layann. tapi ape-ape pon. makan kene kawal gak la. ape gune jaga maka bulan pose. berta badan turun beb. hah. jangan jeles. 2 kg tu. xpela. aku bukan nak kurang banyak pon. setakat "mentenkan" berat je. hehe

so apa plan pagi raya nanti? apelagi beb. pegi beraya laaa. tengok la nanti. maybe gi umah atok-atok sedara. pastu kalau ade kawan-kawan aku dekat kota tinggi ni. boleh gak la aku gi rumah dorang. raya ketiga maybe balik Batu Pahat plak. kampung sebelah bapak aku. tak tahu la ade lagi ke tak makcik-makcik aku kat sana. tak pon. beraya jela rumah dorang. bukan jauh sangat pon. keliling-keliling je.

ooraiitt.. rasanya sampai sini je dulu. nanti sambung lagi. next entry. see yaa..next post potret raya ye. tunggu..

3 comments:

uncle gedek said...

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, Adi..!

Zul fattah said...

salam ziarah..
selamat hari raya aidil fitri
dan salam 8-2

cik najah said...

salam aidilfitri ye Adi !

MAAF LEWAT MENJEGAH .

maafkan sebarang ketelanjuran qlah ye ;D